"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Monday, July 30, 2012

Testimonial Lecithin: Datin Walis Turun 15kg Dalam 2 Bulan!

Assalamualaikum :)

Ramai breastfeeding moms yang mengalami masalah berat badan berlebihan yang tak bf pon sama gaks. Jom kita tengok feedback dari Datin Walis ni:





Wow! 15 KG dalam masa 2 BULAN!

Datin Walis merupakan ibu gigih yang ingin menjayakan penyusuan esklusif beliau, seorang wanita jelita (memang cun!) dan sgt menjaga penampilan beliau. Apa yang beliau amalkan?

Bagi menjayakan penyusuan susu ibu, beliau mendapatkan Breastfeeding Set E dan untuk menurunkan berat badan beliau mengamalkan pengambilan Shaklee Lecithin.


Apa itu Lecithin?
- Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
- Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
- Untuk komersil didapati dari telur, jagung & kacang soya
- Fat Emulsifier - Melarutkan lemak

Apa ada dalam Lecithin?
- Asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
- Kolin - satu komponen neurotransmitter (memberikan impuls dari saraf satu ke saraf yang lain)
- Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
- Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Apakah khasiat dan kegunaan Lecithin?

1. PALING UTAMA
- untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
- Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
- Membantu mengawal paras triglycerides (a type of fat found in your blood. Your body uses them for energy)
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman etc
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
- Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
- Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

Hasil Penyelidikan (R&D)
Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
- Lecithin daripada telur boleh tetapi tidak bergitu berkesan

Mengapa Shaklee?
- Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
- Kepekatannya - 1 kapsul : 520 mg lecithin, 78 mg phosphatidycholine, 47 mg phosphatidylinositol

Peranan Lecithin Pada Breastfeeding Moms
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

Maka, selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik. Credits.

Ingin mencuba dan merasa keberkesanannya? jom order :)

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019-6581210 |06-3353952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Optimumkan kesihatan anda dengan supplement Shaklee

Assalamualaikum wbt

Hari ni Wani nak share kelebihan setiap vitamin asas yang perlu kita ambil. Vitamin-vitamin ni adalah perlu demi mengekalkan kesihatan yang berpanjangan. Jadi, tidak hairanlah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed juga mengamalkan supplement dari Shaklee :)

 Vitalea (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.  
 

Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
 
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit. 
    Contact me, your Shaklee independent Distributor,
    Noor zawani Suhaimin (Wani)
    Shaklee ID :866668 
     019-6581210 |06-3353952 | wanipc@gmail.com   
    PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Rahsia Kekal Sihat Tun Mahathir Di Usia Emas

Salam...

Bestkan tajuk entry ni..kiranya vitamin shaklee ni memang glamour dan TERBAEKKK...tak perlulah dipertikaikan lagi  kehebatan vitamin Shaklee ni..opsss...telebih sudah..Jom kita ikuti "Rahsia Kekal Sihat Tun Mahathir Di Usia Emas"
tun mahathir makan vitamin shaklee

Siapa yang tidak kenal dengan bekas perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Mahathir Mohamad. Kini beliau meniti jusia emas, 86 tahun namun masih cergas dan cerdas. Menghampiri usia 90 tahun, Tun Mahathir masih mampu memberi pandangan yang bernas terhadap sesuatu isu. Apakah rahsia beliau?

1. Tidak menghisap rokok

Kita pun dah sedia maklum bahawa merokok membahayakan kesihatan. Malah pada kotak rokok pun ada tulisan seumpamanya. Jauhilah rokok demi sebuah kesihatan.

2. Tidak minum arak

Sebagai umat Islam, arak adalah minuman yang diharamkan. Banyak kerosakan yang boleh berlaku hanya sebab meminum arak. Ingat kisah seorang ulama yang ditawarkan 3 benda: arak, zina atau membunuh. Beliau memilih arak atas sebab dosa paling ringan (dosa tetap dosa tak kira ringan ke berat ke). Akhirnya selepas minum arak, beliau mabuk, melakukan zina dan membunuh perempuan tersebut.

3. Makan secara sederhana

Sunnah Nabi menyuruh kita makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang (tapi biasanya kita makan sebelum makan, berhenti bila dah tak muat nak sumbat :p). Sederhana dalam pemakanan menjaga perut dan badan. Yang penting, sumbernya mestilah halal.

4. Mengambil vitamin

Sebagai seorang yang sibuk dan hidup ke sana-ke mari, pengambilan vitamin membantu kita mengawal stress, memberi tenaga, menguatkan minda dan kesihatan badan secara amnya. Vitamin bukanlah ubat yang patut diambil bila perlu sahaja. Ia adalah tambahan kepada nutrient harian dalam makanan kita dan sebagai antioksidan.
Mengambil vitamin semasa sudah sakit kadangkala tidak seperti cuba menampal lubang pada paip yang bocor tanpa menutup punca air tersebut. Pengambilan vitamin yang konsisten umpama menjaga paip tersebut dari sebarang kemungkinan untuk bocor.
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.



5. Tidur yang cukup
Tubuh kita umpama sebuah mesin yang tak henti2 membuat kerja. Adalah penting untuk memberi ‘mesin ini’ waktu untuk berehat dan membaikpulih komponennya.
Katan Tun Mahathir, amalan2 di atas sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit kronik, namun penyakit ini kurniaan Tuhan. Tapi kita berusaha untuk menjaga kesihatan kita.
Sementelah, bagi kita terutama ibu bapa, haruslah sentiasa sihat, bijak dan cerdas. Kita bukan saja nak membesarkan anak, tapi juga mendidik mereka agar menjadi individu yang bijak, cergas, sihat, cerdas. Lebih2 lagi kalau nak jadi bijak macam Tun Mahathir, beliau dah kongsikan tipsnya. Jadi, atas pilihan kita bukan?

*sumber:
Mommy Lyna dan sususejat.com

Fikir-fikirkanlah..dan buatlah pilihan yang
TERBAIK untuk anda dan anak-anak..

"Sharing is Caring"


Contact me, your Shaklee independent Distributor, 
Noor zawani Suhaimin 
Shaklee ID :866668 
 019-6581210 |06-3353952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Sunday, July 29, 2012

Vita-Lea® Iron Formula


Multivitamin & Multimineral

Multi yang hebat

Makanan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata.*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.*
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
The Shaklee Difference
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.
120 tablets (tablet) / 60 servings (sajian)
Kod Product : 10131 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Mencegah dan merawat buasir

Assalamualaikum wbt :)

Selamat menunaikan ibadah ramadhan dan semoga amalan kita diterima Allah swt.

Hari ni insyaAllah Wani ingin berkongsi mengenai bagaimana untuk merawat buasir dan makanan apakah yang perlu diambil untuk menyembuhkannya. InsyaAllah :)

Buasir atau nama saintifiknya adalah Hemoroid terjadi apabila ada kebengkakan yang disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Bagaimana ia terjadi?
Ia berlaku apabila pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut diberikan tekanan secara berterusan atau pesakit meneran secara berterusan dan tidak henti-henti.
Antara gejala bagi yang mengalami buasir adalah:
  1. Keluar darah ketika buang air besar
  2. Rasa sakit di bahagian dubur
  3. Menyukarkan proses membuang air besar
Makanan yang sihat untuk pesakit buasir.

Pesakit buasir dinasihatkan supaya amalkan memakan sayur kangkung setiap hari, jika ada implikasi atau kesan sampingan pada angin badan, cuba masukkan halia dan bawang putih dalam masakan kangkung dan banyakkan memakan buah-buahan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti:

Semangka : Semangka mengandung serat sebanyak 0,3 gram per 100 gram bahan. Selain itu, semangka mengandung vitamin A, vitamin C, kalium, magnesium, dan fosfor. Semangka boleh dimanfaatkan untuk menguatkan daya tahan tubuh, memperlambat penuaan, mencegah kanker usus, mengatasi gangguan liver, menurunkan kadar kolesterol, sebagai anti kanser, sebagai anti-alergi, membantu menghilangkan kolik (sakit perut yang mendadak),  menurunkan demam, sebagai antioksidan, dan sebagai diuretik (pembersih tubuh).

Epal Merah:  Kandungan serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandung serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandung pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, memperlunak feses, membantu menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein). Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti kanser karena dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan melawan. Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif. Epal juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk mencegah pembentukan tumor usus dan melambatkan serangan tumor, memperkuat ginjal, membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan), menstabilkan gula darah, serat baik untuk terapi kecantikan.

Tembikai:  Tembikai mengandung serat sekitar 0,7 gram per 100 gram bahan. Tembikai juga mengandung karbohidrat, vitamin A, vitamin C, kalium, kalsium, magnesium, dan fosfor. Tembikai bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol, menstabilkan tekanan darah, sebagai anti cancer, mengatasi demam, mengubati penyakit jantung dan stroke, membersihkan sistem peredaran darah daripelbagai racun, membersihkan kulit, sebagai antioksidan, melancarkan saluran pencernaan, dan mencegah konstipasi.

Buah Naga: Kandungan serat dalam buah naga sekitar 0,7 gram per 100 gram bahan. Selain serat, buah naga juga mengandung kalium, pektin, magnesium, fosfor, dan zat besi. Buah naga juga boleh digunakan untuk memperlancar sistem pencernaan, menurunkan kandungan gula darah, mengatur keseimbangan gula darah, membantu mengatasi rematik dan asam urat, meningkatkan kesihatan organ penglihatan, membantu mengawal kadar kolesterol darah. Kandungan serat dalam buah naga boleh digunakan untuk memperlancar proses pencernaan makanan dan mencegah konstipasi. Buah naga juga mengandung zat antioksidan sehingga boleh digunakan untuk mencegah cancer.

Belimbing: Belimbing bermanfaat untuk meredakan panas dalam dan menghilangkan racun panas dalam, memperlancar pembuangan tinja, mencegah dan mengatasi infeksi mulut dan kerongkong, mengatasi kencing batu (jika dicampur dengan madu), menurunkan kadar kolesterol, sebagai antioksidan, menurunkan tekanan darah, dan boleh digunakan untuk terapi penyembuhan penyakit diabetes millitus (kencing manis). Belimbing mengandung vitamin A, vitamin B, vitamin C, serta berbagai macam serat asam buah. Serat dalam belimbing 0,9 gram per 100 gram bahan.

Pir Hijau: Pir hijau mengandung vitamin C, kalium, magnesium, dan pektin. Pir hijau termasuk jenis buah yang banyak mengandung serat dengan kadar 2,3 gram per 100 gram bahan. Pir hijau biasa digunakan untuk meredakan panas dalam, membantu proses pencernaan, meredakan batuk sebagai antioksidan, melancarkan saluran pencernaan, dan mencegah konstipasi. Pir hijau sangat baik dimakan anak-anak karena kandungan seratnya tinggi. Sebenarnya serat yang diperlukankan anak-anak diperoleh dari sayuran. Namun, biasanya mereka tidak terlalu suka sayuran.

Jambu Biji Merah: Jambu biji merah sesuai digunakan untuk terapi penyembuhan diabetes millitus kerana rendah kalori dan glukosa. Jambu biji merah juga digunakan untuk mengatasi infeksi, menurunkan kadar kolesterol, sebagai antioksidan dan anti kanser, mengatasi kanser, mengatasi sariawan, melancarkan saluran pencernaan, mencegah konstipasi, dan membersihkan darah. Jambu biji merah mengandung vitamin A, vitamin C, kalium, fosfor, dan magnesium. Selain itu, jambu biji merah mengandung serat tinggi dengan kadar 7,3 gram per 100 gram bahan.

Nenas: Kandungan zat gizi dan fitokimia dalam nanas diantaranya vitamin A, vitamin C, mangan, kalsium, magnesium, dan pektin. Selain itu, nenas juga mengandungi serat dengan kadar 1 gram per 100 gram bahan. Pektin dalam nanas berfungsi untuk memperlancar pembuangan tinja dari usus, membantu meredakan panas dalam paru, meredakan batuk, mengatasi ginjal dan saluran kandung kemih, mengatasi sariawan, meredakan demam, mengubati penyakit jantung dan stroke, mengatasi infeksi, melancarkan saluran pencernaan, mencegah konstipasi, serta mengatasi gangguan anemia (jika dimasak bersama bahan makanan seperti daging ayam). Selain itu nenas berfungsi sebagai anti kanser dan antioksidan

Avokad Hijau: Avokad hijau bermanfaat untuk mengelakkan anemia, terapi kecantikan, dan membantu regenerasi sel darah merah. Avokad hijau termasuk jenis buah yang banyak mengandung serat (2,2 gram per 100 gram bahan) sehingga boleh digunakan untuk melancarkan saluran pencernaan dan mencegah konstipasi. Avokad hijau juga digunakan untuk mencegah malnutrisi karena kandungan lemaknya tinggi. Namun, jika dikonsumsi terlalu banyak boleh menyebabkan kegemukan. Selain serat dan lemak, avokad hijau juga mengandung protein, vitamin A, kalium, kalsium, dan magnesium.

Mangga: Mangga mengandungi serat sebanyak 1,6 gram per 100 gram bahan. Selain itu, mangga mengandung vitamin A, pektin, dan fruktosa. Kandungan gizi dalam mangga bermanfaat untuk menguatkan jaringan tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangi dehidrasi, melancarkan saluran pencernaan, dan mencegah sembelit. Selain itu, zat gizi dalam mangga juga digunakan untuk terapi kecantikan dan berfungsi sebagai anti kanser. Khusus penderita diabetes millitus sebaiknya tidak mengambil mangga, terutama mangga harum manis karena mengandung kadar gula tinggi.

Laici: Daging buahnya mirip dengan rambutan. Laici digunakan untuk memperbaiki keadaan kulit. Penderita diabetes millitus sebaiknya tidak mengambil buah leci karena kadar gulanya tinggi sehingga cepat menaikkan kadar glukosa darah. Laici mengandung beberapa beberapa zat gizi, diantaranya sukroko, glukosa, vitamin C, kalsium, magnesium, dan fosfor. Laici juga mengandung serat dengan kadar 1,6 gram per 100 gram bahan.

Pisang: Buah pisang mengandung serat sebanyak 0,6 gram per 100 gram bahan. Selain itu, pisang juga mengandung vitamin A, vitamin C, fosfor, dan zat besi. Pisang bermanfaat untuk mengurangi kadar asam dalam lambung, mengubati gangguan pada lambung, menurunkan kadar kolesterol, mengobati penyakit jantung dan stroke, menurunkan demam, mengatasi demam, mengatasi alergi, dan menurunkan tekanan darah. Kandungan kalium dan natrium dalam pisang tergolong tinggi. Kedua zat gizi ini berguna untuk meningkatkan pertumbuhan sel dan otot, meningkatkan penghasilan sel darah merah sehingga boleh mencegah anemia, membantu penghasilan tenaga, serta bisa memberikan kemampuan bertahan terhadap tekanan (stres). Kandungan kalium dalam pisang juga bermanfaat untuk melancarkan saluran pencernaan dan mencegah konstipasi. Pisang juga boleh berfungsi sebagai antioksidan dan anti kanser.

Tomato: Tomato termasuk buah berserat tinggi dengan kadar 4,2 gram per 100 gram bahan. Tomato dikenal dengan kandungan likopen (zat warna merah tomato) yang mampu mencegah kanser prostat. Karena itu, kaum adam lebih dianjurkan mengambil tomato secara rutin (setiap hari) agar tidak terkena kanker prostat. Zat gizi lainnya yang terdapat dalam tomato adalah provitamin A, vitamin C, vitamin B1, dan asam sitrat. Zat gizi dalam tomato berkhasiat untuk mencegah kanser prostat, menurunkan tekanan darah, membantu pembentukan glikogen dalam hati, mencegah usus buntu, mencegah terjadinya penggumpalan darah, mencegah gusi berdarah, mengatasi masalah kegemukan, membersihkan darah dan hati, serta mencegah terjadinya rabun senja. Tomato juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan hati dengan cara menyeimbangkan fungsi hati. Selain itu, tomato juga boleh meningkatkan nafsu makan sehingga boleh mengubati penyakit anorexia (tidak nafsu makan).

Selain itu, supplement juga adalah perlu untuk membaikkan penyakit buasir.

Supplement yang disarankan adalah:
 
Alfalfa; dapat melegakan sembelit, Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.

 
Energizing Soy Protein (ESP); kaya dengan sumber protein

 
Ostematrix; kalsium


Ingin mendapatkannya?

Hubungi:


SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin 
 
Emel : wanipc@gmail.com


Friday, July 27, 2012

Testimonial Performance Drink : Kekal bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa. Jadual pengambilan vitamin ketika berpuasa

Assalamualaikum wbt :)

Hari ni Wani nak kongsi testimonial dari pengamal performance drink untuk rujukan anda :) 

Testimonial dari Mommy Lyna: 
"Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk. Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang." 

 Testimonial dari Genki Momma: 
"Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga." 

 Testimonial dari Puan Shareeza
"Saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..rasa bertenaga..tak rasa haus pun."


Performance drink Shaklee

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN KETIKA RAMADHAN 

Waktu Sahur: 
# Nasi/apa jua juadah (digalakkan makan sup dan makanan yg tinggi protin) 
# Kurma min 3 biji
# Segelas Perfromance Drink + ESP 
# Alfalfa 3 biji 

Waktu Berbuka: 
# Nasi/apa jua juadah (digalakkan makan sup dan makanan yg tinggi protin)
# Kurma min 3 biji
# Segelas Perfromance Drink + ESP
# Alfalfa 3 biji 

Selepas Tarawikh: 
# Vitalea 1 biji 
# B Complex 1 biji 
# Vita C 1 biji 

Sebelum Tidur: 
# Segelas ESP 
# Ostematrix 2-4 biji 
# Vita E 

Selamat menunaikan ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan sunat di bulan yang penuh barokah ini. Sekian. :)

Bagaimana ingin mendapatkan performance drink ni?

Boleh hubungi:

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin 
 
Emel : wanipc@gmail.com

Thursday, July 26, 2012

Tips untuk kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa.


Assalamualaikum wbt :)

Tips elak keletihan ketika berpuasa:

  1. Tidur lama-lama..bila bangun dari tidur da nak dekat waktu berbuka..
  2. Mandi banyak kali dan lama-lama..
  3. Masukkan kepala dalam peti ais
p/s: Haha..jangan tiru ye adik-adik..bapak dan mak adik2 pon jgn tiru tau.buruk bebenor..hihi... (sekadar selingan untuk menceriakan hari anda :) )

OK, hari ni Wani nak kongsi betul2 tips yang boleh diamalkan untuk menjadikan badan kita kekal cergas sepanjang hari walaupun sedang menunaikan ibadah puasa.

Elakkan daripada tinggalkan sahur. Sabda Rasulullah saw, “Sahurlah kamu, kerana sahur itu terdapat berkat yang besar”. Pilih makanan yang berserat dan berprotein yang tinggi kerana sel-sel tubuh kita memerlukan gizi yang secukupnya untuk kekal bertenaga di waktu siang.

Jangan menangguh waktu berbuka. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang sederhana supaya dapat memberikan semula tenaga pada badan. Supplement B Complex perlu diamalkan bagi menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

Atur menu makanan. Utamakan 5 unsur gizi yang lengkap iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Ambil makanan yang tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.

Hindari minuman sejuk dan kandungan gula yang tinggi. Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

Makan secara bertahap. Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

Lakukan senaman ringan. Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Solat terawih adalah senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

Jangan terus tidur setelah bersahur. 
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku. 

Selain itu, Wani juga mengamalkan ESP atau Energizing SoyProtein! Of course pemakanan yang mengandungi protein yang tinggi untuk lebih kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Performance Drink Shaklee juga merupakan minuman favourite ketika berpuasa! Nak tahu kenapa?

 
Performance Drink Shaklee 

- Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.

- Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina.

- Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

- Ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yg sempurna utk membantu mencegah dehydration seperti fungsi minuman elektrolit

- Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan

- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah.

-  Ia sesuai utk seisi keluarga..

Ingin mendapatkannya?

Hubungi:

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin 
Emel : wanipc@gmail.com

Wednesday, July 25, 2012

Protein dan kepentingannya!

Letih, tidak selesa ketika hamil, kekurangan susu badan untuk si kecil, warna kulit tidak sekata, ingin menjaga kesihatan secara keseluruhannya dan bermacam-macam lagi masalah kesihatan yang dialami.

Jadi, nutrisi apakah yang diperlukan oleh badan anda? Protein? YA Protein...

Protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Tidak kira sama ada mahu turun atau naikkan berat badan, memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci untuk gaya hidup yang sihat.

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah
  • Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
  • Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!

Memperkenalkan Energizing Soy Protein Shaklee dimana, ianya telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.


Faedah daripada mengamalkan ESP:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segeraMembekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan PigmentasiMelambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki MemoriMenguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya. Credits
  
SIAPA YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
 
Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
 
Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu, dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
 
Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut). Credits


Ingin mendapatkan ESP?

SMS/Call di 019-6581210


Emel : wanipc@gmail.com 

Sunday, July 22, 2012

Pentingnya air kosong pada badan manusia

Assalamualaikum wbt
Hari ni Wani nak kongsi tentang kepentingan amalan minum air kosong. Amalan ini adalah sangat penting kerana 9/10 dalam badan manusia adalah meliputi air. Ramai dikalangan kita tidak sedar tentang hakikat ini dan lebih gemar minum air yang manis-manis jer. 

TAHUKAH ANDA? tubuh manusia akan kehilangan 1.7 liter air dalam satu hari melalui proses pernafasan dan perkumuhan. Setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter.
jadi,
1 kg = 0.04 liter
jika berat anda 47 kg, 
jumlah liter air kosong yang perlu diminum adalah: 
47 * 0.04 =  1.88 liter air sehari :)

Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
 
- Otak kita mengandungi 90% air
- Otot kita 75% air

- Tulang kita 22% air
- Darah kita 83% air
- Air menstabilkan suhu badan
- Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
- Air melembabkan udara dalam paru-paru
- Air meningkatkan kadar metabolisma!
- Air melindungi organ-organ
- Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
 
- Tubuh selalu kepenatan
- Sakit kepala yang kerap atau migrain
- Sembelit
- Ketegangan otot
- Tekanan darah yang tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
- Kulit kering
- Risiko Kematian
  
Kebanyakan alasan yang selalu diberikan untuk malas minum air masak adalah malas nak ke tandas. Bila kita selalu membuang air kecil, sekaligus dapat mencuci buah pinggang bagi membuang toksin dalam badan. Baguslah tu!

Tips minum air kosong
Kita ada 5 kali waktu solat - Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya.
Setiap kali masuk waktu solat, sediakan segelas air kosong lebih kurang 0.5 liter segelas, dan minum sebelum menunaikan solat.
Setelah solat, minum lagi segelas air lebih kurang 0.5 liter juga.
Amalkan setiap kali pada waktu solat. 
Jadi, sebelum 0.5L dan selepas 0.5L, 5 kali waktu..
Bersamaan 5 Liter sehari. Banyakkan :)

Friday, July 20, 2012

Ohhh Jeragat. Bagaimana untuk menghilangkannya?

Assalamualaikum :)

Hari ni Wani nak kongsikan tentang masalah kesihatan kulit berjeragat dan bagaimana cara untuk mengatasinya. :)

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

Rawatan dalaman adalah penting untuk membekalkan nutrisi pada tubuh. Pembinaan sel-sel yang baru adalah penting!

Jadi, nutrisi apakah yang diperlukan untuk mengelak atau menghilangkan jeragat ini?

YA! Vitamin C dapat membantu membina kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan.

Selain itu, GLA juga perlu kerana ianya mengandungi Omega-6 yang bersifat anti-radang yang membantu masalah kulit, melembapkan kulit dan sangat sesuai untuk masalah jeragat, dermatitis, eczema, psoriasis serta bagi wanita yang ada masalah hormon (e.g : PMS, haid tak teratur, cyst dan fibroid).

Untuk menyelesaikan masalah kulit anda ini, Shaklee ada jalan penyelesaiannya! InsyaAllah. 

Nutrisi penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

B Complex

- penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban,membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku.

Vitamin C

 - sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Vitamin E

- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

dan juga GLA :)

Berminat?

SMS/Call di 019-6581210


Emel : wanipc@gmail.com 

Thursday, July 19, 2012

Kebaikan merokok!

Assalamualaikum :)

Kebanyakan iklan asyik bercerita tentang KEBURUKAN rokok je. Tapi tahukah anda, merokok juga ada KEBAIKANnya yang tersendiri!

Daripada penyelidikan yang dibuat, merokok ada hubungan positif dengan kehidupan kita. 

1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)
Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda!
2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…
So…selamatlah kita dari rabies.

3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.Tetiba kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur. So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. 


Kesimpulannya.... Memang ada Kebaikan Rokok!! Hehe credits

Jangan marah..itu sekadar ingin menyedarkan para perokok kita yang dikasihi :)

Adakah anda mempunyai suami, ayah, atuk, abang, adik, saudara-mara, teman rapat yang merokok? jika YA, anda patut tahu tentang kepentingan Vitamin C!

Tahukah anda? Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik (punca merokok) menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

sekiranya anda ingin memberikan hadiah kepada mereka yang tersayang... bolehla berikan Vitamin C

 
Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg

Mengapa vitamin C Shaklee? Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *


Bagaimana? Pilihan ditangan anda..jadilah pengguna yang bijak...

Berminat?

SMS/Call di 019-6581210

PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Emel : wanipc@gmail.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...