"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, July 12, 2012

Doa dan amalan untuk banyakkan susu

Assalamualaikum wbt

Semoga mom diluar sana sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Dipermudahkan urusan dalam mendidik anak-anak sehingga menjadi anak syurga. InsyaAllah. Amin.

Yang mana membeli supplement set BF..dan masih sabar menunggu hasilnya...syabas dan tahniah. Walaubagaimana pun, hanya Allah swt sahaja yang maha berkuasa. Tiada daya upaya kita untuk terus mengadakannya. Wani di sini hanya berkongsi dan kali ni Wani nak kongsikan doa-doa yang boleh diamalkan sepanjang penyusuan susu ibu.

Mari kita amalkan yer mommy2 :)

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. credits
 
Semoga amalan2 kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah swt. Amin ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...