"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, July 9, 2012

Kelebihan setiap vitamin dalam penyusuan

Assalamualaikum :)

Seperti yang dijanjikan, Wani ingin berkongsi apa yang terdapat dalam Set 3M Shaklee ni serta khasiat-khasiat yang diperolehi. InsyaAllah.



Apa yang terkandung dalam Set 3M ni?
1. Vita-lea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Alfalfa Complex
5. Ostematrix
6. Energizing Soy Protein (ESP)

Vita-lea with Iron Formula (multivitamin)
- Mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi
- Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Bagi bf mom, Vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu tumbesaran anak.
- Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
- Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
  

Vitamin C
- Sangat penting untuk menjaga salur darah
- Antioksidan
- Membantu meningkatkan antibodi ibu dan anak yang sedang menyusu. Sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari
- Bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insyaAllah akan mudah sembuh
- Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


B Complex
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
- Anti stress (sebagai penenang)
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
- Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga
- Membantu ibu-ibu berfikiran positif (sentiasa mood baik). So, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar
- Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam
- Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Alfalfa
- Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
- Bantu perkumuhan (lebih lawas)
- Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
- Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
- Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan.


Ostematrix (Calcium Magnesium Vitamin D)
- Membantu mengurangkan Risiko Osteoporosis
- Membina tulang dan gigi yang kuat
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf - menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan
- OsteMatrix Membekalkan:
+ 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
+ 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
+ 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
*DV = daily value
- Recommended untuk ibu-ibu yang mengalami kurang susu sewaktu period 


Energizing Soy Protein (ESP)
- Merupakan protien
- Protein sangat penting untuk pembentukan sel
- Sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu
- Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
- Mencantikkan kulit si ibu dan anak (Alhamdulillah. Patut la kulit Zafran lembut, licin dan gebu!)
- Membantu kawal paras kolesterol
- Turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah
- Memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang
- Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?
 Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. Worth your money
*ESP tiada dalam trial pek set B kerana ia dalam bentuk serbuk. Packaging in canister.
  

Set 3M sesuai untuk siapa?
Untuk breastfeeding moms yang:
1. Ada masalah penyusuan
2. Mahu mula menyimpan stok EBM
3. Mahukan anaknya mudah lena waktu malam
4. Menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.


Kita sebagai manusia hanya mampu untuk berikhtiar, selebihnya berserah sahaja pada yang Maha Kuasa.


Next, Wani akan kongsikan jadual pemakanan Set 3M.


Untuk pertanyaan atau berminat dengan Set 3M, boleh la call/SMS di 0196581210 atau boleh PM wani di facebook Noor Zawani Suhaimin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...