"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, August 14, 2012

UrIc AciD tiNgGi---->>G0uT

Salam =) 

Post dari my other blog Ujana Raudhah

just nak kongsi masalah uric acid yang tinggi dalam darah...

Time medical checkup aritu my hubby nyer uric acid tinggi...sbb tu laa dia asyik sakit2 sendi jer..dari bahan2 yang aku baca..baru aku tahu...kalo uric acid tinggi..boleh menyebabkan penyakit gout...hmm..xmo hubby sakit2 lagi..so aku mesti wat research ttg camner nak rendahkan uric acid ni..

Gout
merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

•Serangan akut (tiba-tiba).
•Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan
gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi
serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Ubat-ubatan atau pemakanan yang perlu diamalkan:

Habbatus Sauda
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
Makanan Beralkali
seperti spirulina, alga biru-hijau.
Jus tembikai.

Timun
mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik

Kenapa ada pengamal mengalami sakit di sendi dan asid urik yang lebih tinggi dalam
darah selepas pengambilan HabbatusSauda' ?
Sakit sendi adalah disebabkan oleh asid urik yang terkumpul di bahagian sendi. Selepas memakan Habbatus Sauda' sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid urik dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit. Asid urik dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid urik dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.

Gout arthritis yang menyakitkan adalah disebabkan oleh pemendapan asid urik yang membentuk kristal di tisu-tisu sendi. Seseorang yang di katakan mengidap gout arthritis  ini adalah mereka yang biasanya mengalami bengkakan sendi, kemerah-merahan dan sedikit rasa panas. Diagnosis yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti kristal asid urik (monosodium urate) dalam cairan sendi berkenaan. Kristal tersebut mungkin sudah berkumpul sejak  beberapa tahun dalam sendi berkenaan, yang menyebabkan  radang. Serangan gout  arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi yang menjadi punca arthritis yang kronik. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

PERINGATAN


1) Kalau sakit jangan urut atau letak minyak angin. Nanti, asid urik tu akan mengkristal dan boleh merosakkan sendi.

2) Time betul-betul sakit, jangan makan ubat. Sebab ada reaction yang boleh jadikan penyakit makin teruk.
3) Kena banyak minum air kosong. Tanda dah cukup air, air kencing jernih, bukan kekuningan, keorenan atau kecoklatan.
4) Kawal kolesterol
5) Kena jaga pemakanan.

ELAKKAN MAKAN

**Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
**Ikan bilis, kembung, sardin
**Daging cincang
**Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
**Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

KURANGKAN MAKAN

**Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
**Peanuts, lentil, kekacang dan peas
**Ayam daging
**Roti jagung dan bijirin 


Semoga artikel ini bermanfaat pada sesiapa yang mengidap gout :)

Sunday, August 12, 2012

BASIC H dan kegunaannya.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak berkongsi tentang kegunaan Basic H Shaklee :)

Shaklee Basic H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960... lebih kurang 52 tahun dah!



KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
  
UNTUK KECEMASAN

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Anda juga boleh jadikan Basic H Shaklee ni sebagai first aid kat rumah. 

Hakikatnya ada 1001 kegunaan...tapi ini lah yang sempat dikongsikan..anda boleh explore lagi yea.. :)

Saturday, August 11, 2012

Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?

Assalamualaikum wbt :)


My boy : 1 day


Wani nak share info menarik ni berkaitan dengan darah nifas. Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?
 
Jawapan

Selepas anda melahirkan anak, sama ada melalui pembedahan cesarean atau kelahiran normal, anda akan mengalami pendarahan melalui faraj. Pendarahan ini yang juga dipanggil nifas dan ia adalah merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan rahim di mana dinding rahim yang menebal semasa hamil menjadi gugur dan otot rahim yang membengkak menjadi kecut.

Dalam tempoh 1-3 hari pertama selepas bersalin, anda akan mengalami aliran pendarahan yang banyak dan kadang-kadang mungkin terdapat ketulan darah keluar dari faraj. Jangan risau kerana ia agak normal. Juga, jika kali pertama anda berdiri selepas melahirkan, anda mungkin perasan darah mengalir turun daripada faraj ke kaki anda. Ini juga normal kerana apabila anda duduk atau berbaring, darah bertakung dalam faraj dan keluar semasa berdiri akibat tarikan graviti.Jumlah darah nifas akan berkurangan pada hari-hari berikutnya.
 
Dalam tempoh ini anda tidak digalakkan menggunakan tampon kerana ia mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman, terutama sekiranya anda melahirkan secara normal. Lebih elok kalau anda memakai pad bersalin yang besar atau anda boleh memilih untuk memakai diaper orang dewasa untuk beberapa hari selepas bersalin. Ini disebabkan pendarahan yang agak banyak pada tempoh tersebut.

Anda juga mungkin akan perasan bahawa berlaku aliran darah menjadi banyak semasa menyusukan bayi. Keadaan ini berlaku kerana stimulasi pada puting akan meninggikan rembesan hormon oxytocin yang akan menyebabkan rahim anda mengecut dan seterusnya mengalakan aliran darah nifas. Disebabkan ini, mereka yang menyusu lebih kerap akan mengalami tempoh aliran nifas yang lebih singkat dari mereka yang tidak menyusu badan. Ini adalah salah satu kebaikan susu ibu kerana ia mengurangkan risiko tumpah darah. 

Sekiranya anda masih dapati pergerakkan dan aktiviti harian menyebabkan berlaku peningkatan jumlah aliran nifas, ia mungkin tanda anda perlu berehat dan cuba kurangkan aktiviti aktif untuk beberapa hari lagi.
Selepas dua minggu, warna darah anda akan bertukar lebih kepada warna perang dan kemudiannya akan beralih kepada warna kekuningan untuk beberapa minggu lagi. Darah nifas selalunya akan berhenti sepenuhnya selepas 6-8 minggu.

Selepas pantang adalah normal untuk haid menjadi tidak teratur untuk tempoh beberapa bulan pertama atau tiada langsung. Sekiranya anda menyusu badan, anda mungkin tidak didatangi haid sehingga 1-2 tahun. Sekiranya haid masih tidak kembali ke keadaan asal selepas 6 bulan dan anda tidak menyusu badan secara eksklusif, eloklah berjumpa doktor untuk pastikan tiada masalah. Banyak berlaku kes di mana ibu tidak sedar mereka sebenarnya hamil pada ketika itu.

Tanda-tanda serius

Berikut adalah tanda-tanda serius yang memerlukan anda berjumpa dengan doktor dengan segera. Ia mungkin tanda jangkitan kuman atau juga tanda uri tertinggal dalam rahim.
  • Darah nifas masih berwarna merah terang walau sudah lebih dari 7 hari bersalin. 
  • Darah nifas berbau busuk
  • Demam dan menggigil 
  • Darah yang keluar membasahi pad dan perlu ditukar setiap 1 jam
  • Darah beku yang besar keluar dari faraj 
  • Sakit perut berterusan Credits

Semoga info ini berguna dan bermanfaat bagi ibu-ibu dalam pantang :)

Friday, August 10, 2012

Vitamin untuk kanak-kanak

"Budak-budak ni suka..nak lagi adalah..risau plak bagi lebih"

Apa yang budak-budak ni suka? :)
~ Chewable Vitamin C lah!


Kebaikan vitamin C:
Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.

Kekurangan vitamin C:
Lemah badan, Scurvy, lebam-lebam, gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan, Bengkak gusi,    hidung berdarah, anemia, sakit-sakit dan sengal badan.

Sumber-sumber makanan:
buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon,
mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato

Siapa yang perlukan?
perokok, pesakit kencing manis, mengalami allergi atau asthma, demam atau selsema, menjalani pembedahan, mengalami 'stress' fizikal atau mental
warga tua, mengandung atau menyusukan anak, mengambil pil perancang, antibiotik, mengambil alkohol.

Mengapa vitamin C Shaklee?
- Bioflavanoid yang ada dalam vitamin C shaklee yg ada dalam oren sebenar menunjukkan vitamin C shaklee berbeza dari yang lainnya.
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.  


Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Thursday, August 9, 2012

Meal Shake + Omega Guard : Berselera, tidak sembelit lagi, aktif dan bertenaga

AMALKAN SET UTK KANAK-KANAK HARI INI ( 1 tahun ke atas )


SIMANJA ANDA KEKAL AKTIF & BERTENAGA SPNJG MASA!

Meal Shakes

-Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
-Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
-Rendah lemak dan rendah glisemik
-Sumber protein dan kalsium
-Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
-sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua


Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

OmegaGuard

# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
# Meningkatkan sistem imunisasi
# Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
# Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Meal Shake



Makanan Segera, Tanpa Curiga

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shake Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ianya merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glisemik.
  • Menyediakan vitamin dan mineral penting – nutrient asas untuk anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja yang perlu untuk terus kuat dan sihat
  • Sumber terbaik serat makanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik rendah

544 gram / 16 servings (sajian)

French Vanilla (perisa vanila)

OmegaGuard™

Penyakit jantung kekal menjadi salah satu punca utama kematian di dunia. Oleh itu, sokonglah jantung anda dengan senaman yang teratur, pengurusan emosi yang bijak, diet rendah lemak dan kolestrol; dan secara saintifiknya disokong dengan produk-produk Shaklee.


Melindungi Jantung Anda

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spectrum penuh bergred farmaseutikal

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard™ mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hudangan OmegaGuard™ menyediakan 990mg asid lemak omega 3.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard™ dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietary tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

90 Capsules (kapsul) / 30 servings (sajian)

Testimonial Berpantang dengan Shaklee dari Puan Liyana

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semakin ramai yang memberi feedback positive terhadap set berpantang yang berasaskan supplement seperti Shaklee.
Wani nak share pengalaman Puan Liyana yang sangat berpuas hati dengan pengambilan supplement Shaklee ini.

"...dah masuk 3 minggu saya makan set pantang shaklee. Alhamdullilah, saya amat puas hati. Saya mmg x ambil jamu. Hanya mkn set ni shj. 



Hari pertama lepas cuci rahim, dua jam slps itu,saya terus ambik Energizing Soy protien (ESP) + Meal Shakes. Mmg sy rasa bertenaga n x letih. Vitamin tertinggal dlm kereta seperti Vitalea, B Complex, Vit C n Zinc. Tp xpe, seb baik ada ESP n Meal Shakes. Mmg sudah mencukupi utk hari pertama n memberi kesan. 



Macam ESP adalah energy booster, bina sel n baiki sel, rawat luka dalaman dan byk lg. Manakala mealshake ada protien n multivitamin. Saya sgt bersyukur kerana saya xmerasa kesakitan semasa gugur n selepas cuci...sy sgt bersyukur..sbb di dalam hati kl blh sy xmahu rasa kesakitan itu.



Alhamdullilah Allah perkenankan doa saya di samping mmg saya mkn supplemen shaklee bermula masa saya breasfeeding ank pertama, ms pregnant ank kedua n seterusnya sekarang ms pantg keguguran ank yg kedua. 



Saya mengambil supplemen shaklee di ats kesedaran saya sbb sy perlu ambil supplemen yg memberi kesan yg baik, selamat dan tidak memudaratkan dan yg paling penting semulajadi. bb sy ambik supplemen shaklee pn bermula semasa sy breastfeeding..dan matlamat sy,supplemen mestilah memberi kesan yg baik bkn shj kepada saya..tp kepada ank saya jgk..tambahan set berpantang kebanyakkan di pasaran sekarang,lebih mementingkan kesihatan ibu semata-mata..



Tapi shaklee tidak..ia mementingkan kesihatan ibu, malah ia disalurkan kepada ank melalui susu ibu..anak pn sihat.ibu sihat n bertenaga,luka cepat sembuh,susu pn lancar n byk,,ank pn sihat.mmg win win situation..malah wlpun ibu yg menyusu nak kuruskan badan pn blh tanpa menjejaskan production susu dan tak memberi effect kepada anak..itulah shaklee..memberi kesihatan secara menyeluruh."
Credits.




Apa yang Puan Liyana ambil?
ESP dan Meal Shake untuk memberi tenaga. Selain itu, merupakan energy booster, bina sel, baiki sel, rawat luka dalaman. 

Untuk mengetahui kelebihan setiap vitamin Vitalea, b complex, Vitamin C, Zinc boleh klik disini

Bersetuju sangat dengan kata-kata Puan Liyana. Kalau ambil jamu, lebih kepada kepentingan ibu semata-mata. Ibu mungkin sihat, tapi kesian kat baby yang breastfeed tu kalau tak tahan panas jamu, perut jadi kembung, cirit birit, jaundice, dan sebagainya.

Jadi bakal-bakal ibu yang bakal melahirkan anak pertama, ambillah pengajaran ya. Tukar mind set kita bahawa berpantang wajib ada jamu. Sebernarnya tidak sama sekali. Supplement lah teman rapat kita. Bukan sahaja ibu sihat, anak pun sama. InsyaAllah :) 

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
 

Wednesday, August 8, 2012

Testimonial berpantang Puan Adila : Badan lebih sihat dari previous operate.

Assalamualaikum wbt :)

Hari ni Wani nak share pengalaman dari Puan Adila yang telah mengambil supplement Shaklee semasa berpantang.

Pada awalnya semasa consume vitamin Shaklee, beliau mengatakan banyak darah yang keluar. Kalau perasan, aliran menjadi banyak semasa ibu menyusukan bayi. Keadaan ini berlaku kerana stimulasi pada puting akan meninggikan rembesan hormon oxytocin yang akan menyebabkan rahim mengecut dan seterusnya menggalakkan aliran darah nifas. Tempoh aliran darah nifas bagi yang menyusu lebih singkat dari mereka yang tidak menyusu badan. Ini adalah salah satu kebaikan susu ibu kerana ia mengurangkan risiko tumpah darah.

Jom kita lihat apa yang diperkatakan oleh beliau setelah mengambil supplement Shaklee.


kata beliau "baik...baby ok, sehat..ok,braso sehat dr previous pnyo operate dlu......."

Untuk pengetahuan, ini adalah kali kedua beliau operate. First operate dulu adalah masa anak pertama.

Apa yang Pn Adila ambil?
Vitamin C
Zinc

Fungsi Vitamin C - penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Fungsi Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc).

Dengan pengambilan ESP juga dapat memperbaharui sel dan baik untuk penyembuhan luka juga. Selain itu, untuk badan bertenaga, susu senang terhasil (senang LDR), licinkan kulit, mantopkan aset-aset ;)

ESP sentiasa menjadi rebutan dan sentiasa HOT! :)

Pilihan di tangan anda. Jika anda juga berminat, boleh dapatkan konsultasi percuma dari Wani :)

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

 

Monday, August 6, 2012

Anda Perlu TAHU: 11 punca susu merudum


Assalamualaikum wbt :)

Hari ni mari kita mempelajari mengapa susu ibu boleh merudum dan punca-puncanya.


Bagi mom yang menyusu, anda perlu tahu mengapa susu badan boleh merudum. Ini adalah demi mengelakkan ianya terjadi pada anda. Kesannya sudah tentu kepada si comel :)

STRESS

Tidak terkecuali kepada ibu berkerjaya atau pun ibu yang bekerja di rumah. Stress tidak boleh dielak, tetapi boleh ditangani. Ada juga antara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress. Jika kita stress, akan member kesan kepada penghasilan susu. Terutama ketika sesi mengepam / memerah. So, happy-happkan lah diri anda yea :). Bagi ibu yang menyusu secara direct, usap-usapkan kepala anak anda kerana ia dapat menenangkan hai ibu.

TEKNIK PENYUSUAN YANG SALAH

Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

KURANG PAM ATAU PERAH

Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda kena rajin pam/perah (setiap 2 jam). Untuk ibu yang dirumah, sentiasa menyusu secara direct. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.

MASALAH HORMON DAN KESIHATAN

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak dapat dihasilkan.

PENGGUNAAN PIL PERANCANG

pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

PENGAMBILAN PIL ANTIBIOTIK

Kebiasaannya antibiotik diambil oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara semulajadi dalam membina antibodi.

TEKNIK PAM SALAH

Ibu-ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Menggunakan teknik marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga.

PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah supplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. credit

KURANG MINUM AIR
 
Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang terlalu kurang boleh mengganggu pengeluaran susu.

KEHAMILAN

Biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal selepas kelahiran bayi.

Suplement yang perlu untuk kesihatan tubuh bagi membantu melancarkan pengeluaran susu. disini.

Semoga info ini bermanfaat kepada ibu-ibu HEBAT seperti ANDA! :)






Saturday, August 4, 2012

Resepi yang marvellous

ESP + Susu Kambing + Kurma = MARVELLOUS

Adalah kombinasi terbaik. Banyak khasiat yang diperolehi kerana setiap gabungan mempunyai kelebihan yang tersendiri :)

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

ESP. Protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan. Dimana ianya juga memberi tenaga, membantu mencantikkan, menegangkan dan menganjalkan kulit

Setiap pagi saya mesti ambil ketiga-tiga ni ketika bersahur. Kurma direndam ke dalam susu kambing semalaman dan diletakkan dalam peti sejuk. ESP dicampur 1 sudu ketika dihidangkan. Best diminum sejuk-sejuk :)

Hasilnya sangat memuaskan. Alhamdulillah sentiasa bertenaga dalam melakukan tugas-tugas harian. Maklumla suri rumah katakan, banyak kerja yang perlu dibereskan sehingga kerja-kerja tu semua dirasakan tidak akan habis! :)

Cubalah!

Sakit kepala atau migrain

Assalamualaikum wbt.

Adakah anda pernah mengalami sakit kepala atau migrain? Jika YA, anda perlu teruskan pembacaan ini.

Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan
sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh. Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

Simptom-simptom migrain

Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.

Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satu satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. 

Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.

Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine

Faktor yang menyebabkan sakit kepala

Demam selesema yang biasa, influenza.

Demam yang disebabkan virus

Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur

Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate

Kecederaan pada kepala / posttraumatic

Berlaku jangkitan di kepala atau leher

Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran

Keracunan

Kesan-kesan sampinagn daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)

Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)

Tekanan

Gigi bernanah

Kesan-kesan akibat berhentimengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat-ubatan lain

Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.

Pengambilan alkohol yang melampau

Elak mengambil makanan yang mengandungi tyramine kerana ia bertindak dengan mengurangkan kadar serotonin pada otak dan mempengaruhi saiz saluran darah. Antara makanan yang mengandungi tyramine adalah:
- Anggur atau minuman beralkohol
- Coklat
- Pemanis aspartam (pemanis gantian)
- kopi

Walaubagaimanapun, ianya bergantung sistem immune tubuh individu berkenaan.

Banyak bersujud dapat mengelakkan dari sakit kepala. Kenapa? Ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

Pengambilan supplement natural juga adalah langkah terbaik bagi mengelakkan migrain. Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan semulajadi, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Ostematrix ( kalsium + magnesium + vitamin D )
 
 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
 
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
 
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
 
Testimonial
 

Jika anda mengalami sakit kepala atau migrain, boleh dapatkan Ostematrix dan Vitamin B Complex dengan menghubungi :

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Friday, August 3, 2012

Mengatasi masalah rambut gugur

Assalamualaikum wbt..salam Jumaat..

Hari ni Wani nak bercerita mengenai masalah rambut :)

Rambut adalah mahkota wanita..perlu dijaga rapi, sentiasa bersih..pendek kata kena rajinlah kan :)

Masalah rambut gugur memang xdapat lari bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Tidak terkecuali juga bagi remaja.


Mengapa rambut gugur?

Sebenarnya kekurangan nutrisi seperti zink dan protein akan menyebabkan rambut anda cepat patah dan gugur. Ini adalah pendapat ramai pakar rambut.

Bagaimana mengurangkan keguguran rambut ?

- Memotong pendek rambut dapat mengurangkan keguguran rambut
- Ambil makanan yang kaya dengan protein dan zat besi
- Elakkan menyikat ketika rambut basah
- Elakkan membuat rawatan dengan menggunakan bahan kimia seperti mengerintingkan dan mewarnakan rambut

Untuk mendapatkan pemakanan yang kaya dengan protein, Shaklee memperkenalkan Energizing Soy Protein (ESP) bagi memudahkan anda :)


Shaklee juga turut menyediakan Zinc Complex untuk menyelesaikan permasalahan anda. :)



Untuk mendapatkannya, anda boleh menghubungi saya:


Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Nutriferon sebagai penggalak kepada sistem immun tubuh @ immune booster

Nutriferon? Apa tu?

Merupakan penggalak kepada system imun tubuh @ immune booster. Nutriferon Shaklee telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi KESELAMATAN, KETULENAN, KEBERKESANAN dan PRESTASI.

Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu,demam,cancer,asma... tetapi harus diingat, produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar. :)



Sejarah Nutriferon

Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Bagaimana ia berindak?

Nutriferon bekerja dalam dua cara:

1. Segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti 

2. Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

Keistimewaan nutriferon Shaklee

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Nutriferon boleh dijadikan sebagai first aid keluarga anda..sudah tentunya anda tidak memerlukan panadol lagi :)

Contact me, your Shaklee independent Distributor,
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
 019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...