"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Monday, August 6, 2012

Anda Perlu TAHU: 11 punca susu merudum


Assalamualaikum wbt :)

Hari ni mari kita mempelajari mengapa susu ibu boleh merudum dan punca-puncanya.


Bagi mom yang menyusu, anda perlu tahu mengapa susu badan boleh merudum. Ini adalah demi mengelakkan ianya terjadi pada anda. Kesannya sudah tentu kepada si comel :)

STRESS

Tidak terkecuali kepada ibu berkerjaya atau pun ibu yang bekerja di rumah. Stress tidak boleh dielak, tetapi boleh ditangani. Ada juga antara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress. Jika kita stress, akan member kesan kepada penghasilan susu. Terutama ketika sesi mengepam / memerah. So, happy-happkan lah diri anda yea :). Bagi ibu yang menyusu secara direct, usap-usapkan kepala anak anda kerana ia dapat menenangkan hai ibu.

TEKNIK PENYUSUAN YANG SALAH

Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

KURANG PAM ATAU PERAH

Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda kena rajin pam/perah (setiap 2 jam). Untuk ibu yang dirumah, sentiasa menyusu secara direct. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.

MASALAH HORMON DAN KESIHATAN

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak dapat dihasilkan.

PENGGUNAAN PIL PERANCANG

pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

PENGAMBILAN PIL ANTIBIOTIK

Kebiasaannya antibiotik diambil oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara semulajadi dalam membina antibodi.

TEKNIK PAM SALAH

Ibu-ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Menggunakan teknik marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga.

PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah supplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. credit

KURANG MINUM AIR
 
Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang terlalu kurang boleh mengganggu pengeluaran susu.

KEHAMILAN

Biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal selepas kelahiran bayi.

Suplement yang perlu untuk kesihatan tubuh bagi membantu melancarkan pengeluaran susu. disini.

Semoga info ini bermanfaat kepada ibu-ibu HEBAT seperti ANDA! :)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...