"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, October 10, 2012

PENTING!!! Ibu mengandung perlu kepada makanan tambahan.

Assalamualaikum wbt..



Hari ni Wani nak share ngan kawan-kawan tentang kepentingan vitamin yang kita ambil semasa hamil..kawan-kawan tahu x apa fungsi dan kepentingan vitamin yang kita ambil tu? jom wani kongsikan :)

Biasanya kita akan dibekalkan dengan makanan tambahan oleh doktor yang merawat kitakan..seperti asid folic, vitamin b dan iron tablet.
Asid folic ni sebenarnya menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida..

Spina bifida tu ape yer?

Ok, spina bifida ni adalah penyakit yang serius di mana ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya. Bahaya tau sebab boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk.

Sebab tulah, sebelum hamil lagi or merancang untuk hamil..doktor akan bekalkan kita dengan asid folic (400mcg) dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Ok, jom kita tengok pula apa kepentingan zat besi ni...

Zat besi ni penting bagi mengelakkan seseorang ibu yang hamil menghidapi anemia..sebelum hamil lagi kita memerlukan sekurang-kurangnya 15 mg zat besi. Semasa hamil, sudah tentulah memerlukan lebih iaitu dua kali ganda dari dos yang disarankan iaitu 30 mg zat besi.

Kalau kurang zat besi, kita akan cepat letih, rasa tidak bermaya, pucat, berdebar-debar, sukar bernafas dan mungkin akan PENGSAN..

Ibu hamil sangat sangat sangat penting untuk mengambil zat besi bagi mengelakkan Anemia.

Vitamin C juga penting nak kena seiring dengan pengambilan iron tablet..sebab ape? vitamin c akan membantu penyerapan zat besi pada kadar yang lebih optimum dalam badan. Selain itu, bonus kepada ibu kerana boleh mengelakkan stretch mark jika diamalkan di sepanjang kehamilan.

Omega...biasa kita tidak dibekalkan dengan omegakan..sebab ape? boleh beli sendiri yer kawan-kawan..hehe..omega ni penting dalam perkembangan sistem saraf dan otak..juga untuk awal penglihatan bayi. Selain itu, omega dapat mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi dan mencegah kelahiran pra matang. Perlu mendapatkan omega yang berkualiti di pasaran yer..macam2 jenis ada..

Kalsium.....sangat penting pada ibu hamil..kenapa? kerana kalsium akan diserap oleh bayi bagi proses perkembangan bayi tersebut..kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Ibu yang kurang kalsium dalam badan akan sakit-sakit belakang, pinggang...sbb tu la, kalsium ni sangat penting pada ibu hamil..

Ok, jom kita lihat testimonial dari pengamal supplemen shaklee yang semestinya SELAMAT, BERKESAN dan SEMULA JADI...jom klik disini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...