"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Saturday, October 13, 2012

Supplemen dan susu ibu

Assalamualaikum wbt...



Hari ni nak cerita tentang supplemen dan penyusuan susu ibu..

Adakah anda mengambil supplemen dan dalam masa yang sama sedang menyusukan si kecil? Jika YA, anda perlu faham bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu.

Tapi kita PERLU mengambil vitamin demi memastikan tubuh sentiasa sihat, bertenaga, ceria, terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si anak.

Kejayaan penyusuan sebenarnya bergantung kepada kesihatan ibu.

KONSEP ASAS PENYUSUAN perlu difahami terlebih dahulu iaitu:

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN @ LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan yang akan dikongsikan nanti dengan penuh disiplin dan konsisten.

- Si ibu kerap menyusukan anak secara langsung atau membuat sesi perahan secara konsisten setiap 3 jam sehingga breast benar-benar kosong.

- Memastikan pengambilan air yang seimbang. Setiap hari tidak kurang dari 3 Liter dan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan yang lengkap untuk si manja.

- PERLU mendekatkan diri pada ALLAH SWT demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani. Bagi yang muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan sahaja semasa membuat sesi perahan atau penyusuan tetapi dijadikan amalan rutin agar mudah mencapai ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

WALLAHUALAM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...