"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Thursday, March 14, 2013

Kepentingan kalsium kepada ibu mengandung

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni wani nak kongsi ngan anda semua tentang pentingnya pengambilan kalsium bagi ibu yang hamil. Wani sendiri sebenarnya susah nak minum susu ni..jenis perut yang tak boleh terima susu. Bila minum susu je, mula la perut memulas dan terasa nak muntah. Masa mengandung anak pertama dulu kena paksa juga minum susu ni. Wani beli susu HL perisa strawberry..hehe..Doktor tanya awak minum susu tak? "saya minum...susu HL perisa strawberry"..haha dengar pun dah nak tergelakkan?hihi..doktor pun senyum-senyum je masa tu.

Sebenarnya, bayi dalam kandungan kita ni memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesaran. Daripada mana bayi ni nak dapatkan kalsium yang mencukupi kalau bukan berkongsi dari ibunya kan. Jadi, ibu yang hamil memerlukan kalsium yang tinggi berbanding orang biasa.

Kekurangan kalsium bagi ibu yang hamil boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil juga akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya diakhir tempoh kehamilan. Oleh yang demikian, ibu-ibu hamil memerlukan 1200 hingga 1300 mg kalsium sehari.

Selepas melahirkan, kalsium juga diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jika kalsium tidak mencukupi dalam badan, ia mula menyerapnya dari tulang dan gigi. Kerapuhan tulang mungkin akan berlaku.

Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Masalah kekejangan dan kesejukan pada bahagian kaki mungkin berlaku akibat dari kekurangan kalsium.

Jadi, kalsium ni amat penting..jangan kita pandang remeh tentang kekurangan kalsium dalam badan.


Ostematrix ( kalsium + magnesium + vitamin D )

Ostematrix adalah formulasi terbaik dari Shaklee dengan fungsi penyerapan yang maksimum. 

1 biji Ostematrix membekalkan 250mg kalsium untuk tubuh dan tulang anda. Sama seperti segelas susu tinggi kalsium. Sehari kita diperuntukkan untuk minum 4 gelas susu yang mana bersamaan dengan 1000mg kalsium. Tapi dengan Ostematrix, anda hanya perlu mengambil 4 biji sahaja. Mudahkan?

Untuk info & Order :  
Noor zawani Suhaimin (Wani)
Shaklee ID :866668 
019 658 1210 | 06 335 3952 | wanipc@gmail.com   
PM di FB : Noor zawani Suhaimin
FB Fan Page : Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...