"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Thursday, March 21, 2013

Pengalaman menyusu anak pertama

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Wani nak share pengalaman Wani menyusukan anak pertama. Sebelum bersalin memang Wani dah survey cara-cara nak menyusu bayi dan study sikit-sikit mengenai susu ibu. Sesungguhnya susu ibu ni banyak kelebihannya sebab itulah ia tercatat dalam Al-quran.

Hari pertama melahirkan putera sulung; Muhammad Zafran..pada pukul 12.34 tengah hari, 10.03.2011. Wani tak dapat menyusukan Zafran secara terus sebab Zafran dipantau oleh doktor memandangkan keadaanya yang lemah semasa dilahirkan. Zafran dilahirkan secara pembedahan memandangkan posisinya songsang pada masa itu.

Lama juga Wani tunggu nak lihat wajah Zafran ni. Tengah malam barulah nurse bawa Zafran jumpa dengan ibunya. Nampak bersinar dan bercahaya je muka Zafran pada masa tu..terus hilang rasa sakit kat tempat bedah..lupa segala-galanya bila tengok wajah comel si kecik ni. SUBHANALLAH..Kata nurse, Zafran sudah kenyang diberi susu. Of course la susu tepung!..rasa kecewa pun ye juga sebab susu pertama yang masuk ke mulut Zafran bukan susu ibunya :(. Redha je lah.

Memandangkan Wani bersalin c-zer, cuba juga picit susu untuk keluar..tapi susu tak ada..aduss, mcm mana Zafran nak menyusu nanti. Puas dah Wani picit pastu df Zafran..tapi susu mcm tak keluar je. Zafran menangis kelaparan. Terpaksa juga sekali lagi bagi susu tepung :(

Hari ke dua tu mula la nampak susu keluar sikit-sikit. Zafran pula bukan main lama df. Ada dekat sejam dia df. Berhenti kejap, pastu nak lagi. Mula teringat orang cakap-cakap..baby laki ni kuat menyusu..memang betullah..hehe..Alhamdulillah.



Masa Zafran umur 1 tahun 3 bulan, Wani ambil supplemen dari Shaklee (baru kenal Shaklee masa tu) memandangkan susu kurang pada masa tu dan Zafran pun sekejap lapar dan lapar nak bf. Alhamdulillah, lepas ambil set 3M susu dah mula banyak untuk Zafran. Biasa waktu malam mesti dia terjaga sebab nak minum susu. Tapi bila wani consume supplemen dari Shaklee ni..dia lena je tido malam-malam. Kulit Zafran pun cantik bersih je :)



Wani continue ambil supplemen tu sampi sekarang dan sekarang, Wani dah mengandung anak yang ke dua dan akan terus mengambil supplemen Shaklee yang SUPER BEST ni. Wani nekad, anak ke dua ni Wani nak menyusu sepenuhnya, tak nak bagi anak minum susu tepung lagi. Insya Allah. Moga Allah permudahkan jalan ku ini. Ameen.

Sekian sahaja dulu. Nanti cerita lagi :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...