"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, February 24, 2014

Apa itu Power Pumping?

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ibu-ibu jangan ingat bila buat sekali PP susu akan terus meningkat. PP ni memakan masa sekurang-kurangnya 1minggu. Jangan putus asa walaupun hasil pertama hanya setitik dua atau 'pam angin' sahaja.

Siapa yang memerlukan Power Pumping?

Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - bagi merangsang perhasilan susu
Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single Pump -
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit ulang semula kanan & kiri sehingga 1jam

Untuk Double Pump -
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, stop 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, stop 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Digalakkan buat power pumping ni sekali sehari & pada waktu tengah malam ke subuh kerana hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.


Shaing is caring!

Testimonial Softner Nutriwhite

"Hari ni saya nak share pengalaman saya menggunakan Softener Nutriwhite.

Before this saya memang suka bertukar-tukar produk. (Selalu terpengaruh dgn iklan). Alhamdulillah kulit tiada masalah walaupun selalu tukar-tukar.


Dipendekkan cerita, early last year I decided to try SKII's Miracle Water. Yg ni terpengaruh dgn kakak sebab dia dah guna bertahun-tahun. Harganya nearly RM400.


Saya memang pakai consistent selama setahun tu, tapi tak nampak apa-apa kesan pun. (Or maybe saya yg tak perasan?)


Bulan Mei yg lepas saya try beli Softener ni. Memang best!


Result: 


Kulit between bawah mata n hidung tu dah tak kasar! Sangat2 berbeza daripada before this. Memang boleh rasa dengan jari perbezaannya! Pores pun nampak macam mengecil (part ni maybe lambat sikit kut).


Kalau dulu wajib scrub kat bahagian tu n sekitar hidung utk menghilangkan sel-sel kulit mati. Sekarang tak perlu scrub beriya. Scrub gitu-gitu je dah cukup.


Semalam pun dapat feedback from one of my friends yg try Softener ni last week. Within 4-5 days dia dah rasa kesannya. Today dia nak try Cleanser pulak.



Alhamdulillah kami dah jumpa produk yg boleh menghaluskan kulit dan mengecilkan pores yg sesuai dengan kami. Anda bagaimana?" - Maria Hj Abas

Info & Order:   

Noor Zawani Suhaimin (Wani)   

Shaklee ID : 866668 

Sms / Whatsapp : 019 658 1210   


Sunday, February 23, 2014

Testimonal : Badan BERTENAGA, HB cantik je masa pregnan

" Dlm family saya..arwah mak dulu yg mkn vitalea..kerja tingkat atas naik tangga smpai 4 tingkat relax je. saya yg waktu tu baru form 2 or 3 kot..da semput..lenguh wei..lift ada tp takut lif rosak.haha..then waktu sy start mkn set b, yg plg berkesan ngn sy is vitalea..walaupun besar gabak..paling keras lak tu..cane sy tau keras? Sbb saya gigit..hehe..sgt tak suka mkn vitalea..tp sebab kesannya yg buat badan saya tak letih..ketara sgt kesannya..mmg sy sanggup mkn hari2..n tu antara sbb saya repeat order ngn mommy saya.hehe..dulu sy tak suka n xpercaya ngn vitamin sbb pk nutrien biasa jek..even arwah mak mmg suh mkn tp sy degil..haha..now..mmg vitalea antara produk yg customer beli fullpack..yg plg best da xperlu risau hb turun or rendah sbb mmg terbukti naik n maintain jek sbb ada iron..dulu sy ada problem darah rendah n doc ckp anemia..takut dgr anemia cam leukimia..takleh bgn..sgt pening n bgn je muntah..pas konsisten ngn vitalea..alhamdulillah da ok.." -Tg Muzlina

-------

Alhamdulillah dengan pengambilan VITA-LEA, badan lebih bertenaga..HB normal ketika pregnan. Memang ketara kesannya.







Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   

Asas Penyusuan : Kolostrum vs susu matang

 
Susu ibu dibahagikan kepada dua kumpulan utama, kolostrum dan susu matang.

Kolostrum adalah susu yang dirembeskan sehingga hari kelima selepas bersalin. Ia dicirikan oleh kandungan besar immunoproteins, seperti laktoferin dan IgA. Susu ini kelihatan kuning kerana ia mengandungi β-karotena, yang juga didapati dalam lobak merah dan sayur-sayuran yang lain.

Susu matang adalah susu yang dirembeskan 10 hari selepas bersalin. Ia dicirikan oleh kandungan protein yang lebih rendah dan kandungan yang lebih tinggi laktosa dan lemak berbanding kolostrum, menjadikan ia lebih tinggi kalori. Susu ibu pada masa ini kelihatan putih susu.

Seperti yang dinyatakan di atas, susu ibu adalah makanan berkhasiat yang hanya boleh dihasilkan oleh ibu. Penyusuan di peringkat awal membantu bayi berkembang sihat dalam semua cara yang terbaik.

Sharing is caring!




Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   

Monday, February 17, 2014

Bahaya kekurangan zat besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka. 

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


LESU...kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.


Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. 

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. 

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka. 

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya



Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. 

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan. 

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. 

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan. 

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. 

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.


Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. 

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka. 

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/06


Testimonial : Vitamin untuk travellers.

Assalamualaikum semua  Selamat pagi

Pagi2 ni jom layan testimoni dari Masniza..beliau everytime pergi travel..dan ada masalah lenguh2 kaki bila berjalan jauh. Selepas ambil supplemen dari Shaklee..alhamdulillah masalah lenguh2 kaki dah tak da.



Apa yang beliau ambil?

Ostematrix - membantu melengkapkan keperluan kalsium harian anda.




Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   

Multivitamin yang terkemuka.

Kenapa saya katakan Vita-Lea merupakan multivitamin TERKEMUKA?

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Pilihan ditangan anda! Sebagai pengguna anda berhak membuat pilihan TERBAIK!



Info & Order:   
Noor Zawani Suhaimin (Wani)   
Shaklee ID : 866668 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...