"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Friday, June 19, 2015

Bercuti ke Ho Chi Minh

Assalamualaikum dan selamat malam. :)

Alhamdulillah berkesempatan melawat bandar Ho Chi Minh bersama family dan juga kawan husband. Erol dan Asma.

Kami ke sana ambil pakej ground dengan En Khalid. Sangat berpatutan. Makanan di sana mahal berbanding di Malaysia. Jadi, dengan ambil pakej ni kami rasa berpatutan dengan makanan yang dihidangkan selama 4 hari 3 malam kami di sana.

Kami berkesempatan untuk ke Sungai Mekong, jalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh, shopping di Ben Than market, makan2 di restoran halal sekitar bandar Saigon.

Banyak yang nak diceritakan sebenarnya. Biarlah gambar di bawah berbicara. Hehe.

Gambar di Sg Mekong, Hard Rock Cafe, makan di masjid on the way balik dari Sg Mekong.

Next time boleh gi lagi untuk shopping! Best shopping di sana sebab harga murah murah. :)

Tak lupa juga bawa supplemen kegemaran untuk elak lenguh-lenguh kaki. Sebab banyak aktiviti menggunakan kaki untuk berjalan. Hihi.

Ostematrix dan Vivix. Sesuai dibawa ketika travel.

Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan pakej yang diambil sepanjang di sana. Kami pergi ke sana pada 4 Mei 2015 hingga 7 Mei 2015. 4 hari 3 malam.

Sekian dulu coretan saya. Esok jangan lupa bangun sahur! :D

Nak vitamin Shaklee? Boleh contact saya di 019 658 1210. Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Adioss!!

Thursday, June 18, 2015

Mencegah dan merawat jerawat

Salam 1 Ramadhan. :)

Dah sahur? Pagi ni saya nak share tentang jerawat.

Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa kedengaran. Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori2 dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.


Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.

Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.

Cara mencegah jerawat:
1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.

Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.

Supplement untuk merawat Jerawat:
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Semoga bermanfaat untuk anda! :)

Ingin mendapatkan vitamin Shaklee? Hubungi Saya, Wani di 019 658 1210

Sunday, June 14, 2015

Uri lekat dan siapa yang berisiko

Apa itu uri lekat?

"Uri lekat atau 'retained placenta' berlaku apabila selepas proses untuk mengeluarkan placenta(uri) secara 'control cord traction' (CCT) gagal dilakukan, dan samada tali pusat terputus semasa proses CCT atau placenta terkoyak dan sebahagian tertinggal di dalam rahim. Salah satu sebab keadaan uri lekat berlaku antaranya kerana rahim gagal mengecut dan kekurangan kalsium dalam badan.

Selalunya jika kita pernah mengalami uri lekat, doktor akan merekodkan ianya sebagai 'bad obstetrical hystory'dengan ink merah. Maknanya kemungkinan untuk kejadian ini untuk berulang itu ada. Dalam kes uri lekat, doktor terpaksa mengeluarkan uri dengan menggunakan tangan samada dibawah kesedaran pesakit ataupun tidak. Sesetengah hospital mereka akan berikan pesakit bius sebelum melakukan prosedur tersebut."

Siapa yang berisiko?
  • Wanita hamil yang mengalami masalah plasenta previa. Di mana uri atau plasenta berada di bawah bahagian rahim menyebabkan bukaan pangkal rahim tersekat
  • Mereka yang pernah menjalani pembedahan pada rahim seperti D&C
  • Pembedahan pembuangan fibroid
  • Pembedahan ceasarean pada kelahiran lepas

Plasenta Previa - masalah uri di bawah menutupi saluran peranakan
http://littlemamadiary.com/wp-content/uploads/2011/05/placenta-previa.jpg
 Sedikit perkongsian dari pembacaan. Semoga bermanfaat kepada anda.

#hamil #urilekat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...