"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tuesday, July 14, 2015

Resepi biskut florenta

Nak dekat raya ni boleh la try test buat biskut yang senang dan mudah yang amat ni. hehe. Senang je bahan-bahannya. boleh pi cari kat kedai kek yer. :)

Bahan-Bahan:
  • 200 gm tepung Florenta
  • 200 gm badam keping
  • 100 gm kuaci hitam
  • 20 gm bijan hitam
Cara-caranya:
  1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
  2. Satukan semua bahan dalam bekas
  3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
  4. Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
  5. Panaskan oven pada suhu 160C
  6. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
  7. Bakar dalam oven selama 10 minit
  8. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
  9. Simpan dalam bekas kedap udara.

http://1.bp.blogspot.com/-ScZT1nsHX-M/UZITnq3oxdI/AAAAAAAAXKk/wzdHsShxMgc/s1600/IMG_0125.jpg 

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Looks good! First time dengar tepung florenta, selalu jugak pergi kedai cake, tp tak pernah jumpa.. hehe.
    - babysoulz.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...