"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, August 31, 2015

Vitamin tidak berkesan

Makan vitamin tapi tak berkesan?

Dah cuba macam-macam vitamin, tapi masih tiada kesan. Jerawat naik non-stop dari bujang hingga berumah tangga. Haru di buatnya. Dah gi klinik kulit, bila habis ubat, jerawat masih naik lagi.

Jadi, apa nak buat ye? Dah buntu?

Air putih dah minum banyak?
Dah ikut jadual pengambilan vitamin yang betul?
Dah elak ambil vitamin bersama dengan ubat?
Tiada pengambilan kafein dalam diet harian?

Sila tanya diri anda!

Jika jawapan pada soalan di atas semuanya YA tapi masih lagi mengalami masalah yang sama. Nah! inilah jawapannya.

Sihatkan usus anda terlebih dahulu

Anda boleh mencuba agen detox terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa vitamin untuk mencantikkan wajah.

Saranan saya, anda perlu mengambil

1. Herb-Lax untuk detox usus



2. Alfalfa untuk detox darah.


Usus yang tidak sihat mengalami masalah dalam penyerapan vitamin. Ini membuatkan apa sahaja vitamin yang anda ambil, tidak memberi kesan kepada tubuh anda.

Masalah jerawat juga mungkin terjadi disebabkan masalah hormon. Anda perlu periksa kitaran haid. Adakah teratur atau sebaliknya.

Jika mengalami masalah hormon, anda disarankan untuk mengambil GLA Shaklee. Ianya bertindak untuk menstabilkan hormon (membaiki kitaran haid).

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)


Sunday, August 30, 2015

Filem mesti tonton

First time tengok filem ni, masyaAllah..begitu kental tentera Al-qassam dalam menghadapi peperangan dengan pihak Israel. Syukur alhamdulillah Allah beri kekuatan kepada mereka. Mereka tidak gentar melawan musuh dengan apa yang mereka ada. Walaupun tidak mempunyai kelengkapan seperti tentera Israel, tentera Al-Qassam tidak menjadikan itu sebagai satu halangan untuk berjaya dalam peperangan tersebut. Jom ikuti kisal tentara Al-Qassam dalam berhadapan dengan tentera Israel.


GAZA, Rabu – Stesen televisyen Al-Aqsa telah menyiarkan sebuah filem ketenteraan bertajuk Serangan Hendap yang Membunuh (Death Ambushes) yang diterbitkannya dengan kerjasama Jabatan Media Briged Izzuddin Al-Qassam pada petang Isnin lalu.

Filem 55 minit itu adalah lakonan semula operasi-operasi ketenteraan yang telah dilaksanakan oleh satu kumpulan pejuang Al-Qassam melawan Zionis Israel dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul pada tahun 2014.

Kisah benar yang melibatkan 5 pejuang Al-Qassam itu menunjukkan kehebatan mereka berhadapan tentera darat Zionis di kawasan At-Tuffah yang terletak di timur Gaza.

Filem berbahasa Arab itu juga telah dimuatnaik ke laman youtube dan disertakan sari kata bahasa Inggeris.

Sejak dua hari dimuatnaik ke youtube, ia telah ditonton lebih 75,000 kali.

Melalui filem ini, para penonton berpeluang melihat keberanian pejuang Palestin mempertahankan tanah air di samping melihat kesusahan yang mereka hadapi bagi meneruskan perjuangan.

Dengan audio dan visual yang menarik, turut diselitkan nilai-nilai perjuangan, persaudaraan dan pergantungan harapan yang tinggi kepada Allah yang ditunjukkan oleh pejuang Al-Qassam.

Peperangan yang diberi nama Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) berlangsung selama lebih sebulan pada Julai dan Ogos 2014 dan berakhir dengan kegagalan Zionis Israel mengalahkan Al-Qassam.

Persetujuan mengadakan gencatan senjata dicapai antara kedua pihak dengan kelebihan kepada Hamas setelah hampir semua syarat yang diletakkan dipenuhi.

Saturday, August 29, 2015

Pencuci botol susu kegemaran saya

Assalamualaikum. Hai!!

Selamat pagi. :)

Hari ni saya nak kongsikan pencuci botol susu kegemaran saya. Memang best sangat pencuci botol susu ni. Hanya gunakan setitik sahaja. Sangat sangat jimat. Harga pula berbaloi.

Sebotol boleh guna berbulan bulan lamanya. Silap silap bertahun u! Tengok atas penggunaan kita sebenarnya. Tapi bagi saya, pencuci botol susu ni memang bebaloi untuk dimiliki.

Apa yang penting, pencuci ni adalah dari bahan semulajadi, TIADA bahan kimia dan dijamin selamat.

Apa yang boleh saya katakan tentang pencuci ni adalah:

1. JIMAT

2. TAHAN LAMA

3. PEKAT

Inilah sabun pencuci botol susu kegemaran saya!

Info & Order 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)


Friday, August 28, 2015

Resepi aiskrim sedap

Bahan-bahan
1 tin susu cair / 400ml susu full cream
1/2 tin susu pekat - kalau suka manis, buh banyak
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 sudu besar ovalette

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan tadi dan blend. Lagi lama blend lagi gebu. Masukkan dalam peti ais beku semalaman. Siappp!!

*** Jika nak perisa oreo ke, oren ke..boleh tambah dalam adunan. :)

http://misztrex.blogspot.com/2014/05/resipi-aiskrim-homemade.html

Selamat Mencuba!

Thursday, August 27, 2015

Menjana income dari rumah

Pada zaman sekarang, ramai suri rumah yang bekerja dari rumah. Dari rumah sahaja mereka boleh mendapatkan pendapatan. Sambil jaga anak, kemas rumah, memasak, jemur kain, angkat kain, lipat kain dan sebagainya mereka mampu juga untuk menjana pendapatan. :)

Saya memilih untuk bekerja dari rumah memandangkan tidak mahu berpisah dari suami pada suatu ketika dahulu. Suami bekerja di Melaka dan saya bekerja di Putrajaya. Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Di Putrajaya saya bekerja di Jabatan Perdana Menteri sebagai staff kontrak. Jadi tak da masalah bagi saya untuk berhenti.

Jika diikutkan, memang sayang meninggalkan kerja yang kita suka. Tapi demi suami, saya sanggup. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya pada ketika itu. Bila saya melepaskan kerja di sana, saya sebenarnya membuka peluang kepada mereka yang sedang mencari kerja. :)

Alhamdulillah, Allah lorongkan saya untuk membuat bisnes Shaklee. Dengan bisnes Shaklee, banyak yang saya belajar dari ZERO pengalaman berniaga sehinggalah ke hari ini dan saat ini. Sekarang saya sudah mempunyai 2 orang cahaya mata dan saya sangat bersyukur dan berpuas hati kerana mereka membesar di hadapan mata saya sendiri.

Dengan berbisnes Shaklee, saya mendapat ramai kawan. Jadi tiada istilah bosan walaupun tidak bekerja, saya masih boleh bersosial bersama mereka dengan menghadiri kelas-kelas ilmu dan kebanyakkannya kami berhubung melalui facebook dan group2 whatsapp.

Shaklee juga menganjurkan pelbagai majlis ilmu untuk kami para Shaklee Independent Distributor (SID) supaya kami menjadi penjual yang berilmu dan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, malah lebih kepada membantu mereka yang memerlukan tahap kesihatan yang lebih baik.

Saya juga telah berpeluang mendapat percutian FREE dari Shaklee. Pada 2014 saya berpeluang menginap di Sunway Resort Hotel & Spa selama 3 hari 2 malam. Makan, minum dan tempat penginapan semua di biaya oleh Shaklee.

Bersama my nanny in Shaklee

Award yang diterima. Alhamdulillah.

Bersama penerima award.


Begitu juga pada 2015. Alhamdulillah, saya mendapat penginapan PERCUMA menginap di Golden Horses Hotel. Bila dapat FREE, siapa yang tak suka kan?

Dinner bersama geng gojes MSE :)

My great nanny in Shaklee
 Jika saya boleh, anda lagi boleh! Percayalah, kejayaan memerlukan pengorbanan untuk kita menggapainya. Setiap orang ada cita-cita dan impian masing-masing. Beza angan-angan dan cita-cita adalah cita-cita ditulis, dilakarkan di atas kertas. Manakala angan-angan hanya melintas dalam fikiran kita sahaja dan berlalu begitu sahaja.

Anda ingin menjana income bersama kami?

JOM!

Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Wednesday, August 26, 2015

Jom cuci usus

Perut buncit?

Sistem pembuangan kurang lancar?

Jom sama-sama KEMPISkan PERUT dan MELANCARKAN sistem pembuangan.



 PERUT KEMPIS
-------------------

***HerbLax Shaklee***

Segala sisa-sisa, lendir dan najis yang tersekat lama akan dicuci habis. Yang tak buang seminggu tu PASTI habis buang dan jadi rutin harian membuang selepas ini.


Tu la yang power Herb Lax DETOK usus ni.


Herb Lax mencuci licin dan keluar dengan mudah dan lembut.


Lagi power dia boleh kempis perut dan hilang bau badan.


Pastikan Herb Lax sebagai simpanan dan kegunaan untuk seisi keluarga.



Ingin konsultasi percuma??

Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Tuesday, August 25, 2015

Cara menangani chiken pox atau cacar air

3 hari lepas, badan Zafran panas. Ingatkan demam biasa je, rupa-rupanya kena chiken pox. Terperasan ada biji air kecil pada leher Zafran. Tapi badan Zafran panas kejap je. Petang tu dah ok dah.

Esoknya, biji-biji air tu makin banyak naik. Risau dibuatnya. Jadi kami bawa Zafran ke klinik. Doktor bagitau chicken pox Zafran ni jenis mengganas sebab 1 hari dah naik banyak. Haha. Doktor bagi ubat virless, tahan gatal dan lotion calamine.

ubat gatal, virless dan calamine lotion


Sebelum makan ubat yang doktor bagi tu, kami bagi Zafran minum air kelapa dulu bagi chicken pox naik habis. Lepas tu baru bagi ubat yang doktor bagi tu.

Selain tu, kami mandikan Zafran dengan air basic h dan sapu dengan krim herbal blend. Zafran tak nak sapu dengan calamine lotion tu katanya panas.

Basic H wat mandi. Herbal Blend wat sapu.


Alhamdulillah, hari ke 3 dah kering semua chiken pox tu. Nasib baik ada basic h dan krim herbal blend. Dapat la juga membantu proses pengeringan chiken pox dengan cepat.

Sebenarnya risau juga pada Zara ni sebab Zara belum kena chiken pox lagi. Minggu depan pula nak gi Kedah dan Penang takkan nak bawa pesakit chiken pox kan? Nanti berjangkit dengan orang lain pula.

Moga-moga tak berjangkit la kat Zara. Walaupun chiken pox tu sekali seumur hidup, tapi masa untuk kena tu belum sesuai lagi. Hehe.


Bagaimana kami atasi chiken pox ni?

1. Berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan ianya adalah chiken pox.

2. Bagi minum air kelapa untuk bagi chiken pox naik semua. (Orang tua tua kata kalau ada naik kat tapak kaki tu maksudnya dah habis semua)

3. Bagi makan ubat yang doktor bagi. Ubat gatal tu mesti bagi untuk elak dia tergaru garu. Virless untuk matikan kuman dan lotion calamine.

4. Mandikan dengan air basic h dan sapu krim herbal blend. 2 kali sehari. Kami tak guna lotion calamine tu sebab Zafran tak nak katanya panas. Herbal blend tak panas. Tapi berangin dan sejuk.

5. InsyaAllah chiken pox akan kering lebih kurang 3 hari sahaja. Nak pulih sepenuhnya amik masa seminggu.

Hari ke 5. Nampak dah nak hilang chiken pox Zafran.


Semoga bermanfaat untuk anda. :)

Ingin mengetahui detail mengenai Basic h? klik di sini

Info & Order 
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Monday, August 24, 2015

Cara nak wean-off atau cerai susu

Setiap ibu-ibu mesti mengalami proses bercerai susu (wean-off) dengan si manja tersayang. Perasaan yang pastinya meruntun hati pasti dialami ibu-ibu dan juga si manja. Begitu juga dengan saya. :) Proses bercerai susu bagi anak pertama amat mudah jika dibandingkan dengan anak ke 2 :)


Pengalaman bercerai susu anak pertama

Amat mudah sekali. Hanya mengatakan pada Zafran (anak), 'nenen' ibu sakit. Masa tu umur Zafran 1 tahun 9 bulan. Zafran dah boleh faham apa yang diberitahu. Nak bercerai susu sebab masa tu mengandungkan anak ke 2. Dia lihat muka ibu berkerut-kerut tahan sakit (masa ni memang sakit sebab susu membengkak). Sejak dari tu, Zafran langsung tak mintak nenen sebab dia risau ibu sakit. Tapi perasaan ibu pula yang sayu dah sedih bila bercerai susu dengan anak. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Pengalaman bercerai susu anak ke dua

Berbeza dengan adiknya Zara. Zara sekarang dah 2 tahun. Nak ceraikan susu ni sebab tak tahan asyik kena gigit je. Haha. Lagi pun umur Zara dah 2 tahun. InsyaAllah Zara dah dapat manfaat secukupnya dari susu ibu.

Cara 1 : Guna Vivix Shaklee. Vivix Shaklee kan warna merah pekat. Cakap ngan Zara ni darah, nenen ibu berdarah. Mula-mula dia takut dan tak nak, tapi lepas tu dia lap dengan kain. So, Zara berjaya. haha

Cara 2 : Letak kopi Vietnam. Zara ni cerdik, mula-mula je dia tak nak, tapi lepas tu dia datang balik tengok ada lagi tak kopi Vietnam tu kat nenen ibu. Kalau ada lagi, dia sapu-sapu pastu perlahan-lahan minum. Hmm..lekat juga kopi Vietnam kat mulut dia. Tapi kopi Vietnam ni macam tak pahit pula, sedap je dia minum susu ibu. Haha. So, Zara berjaya. Haha

Cara 3 : Guna minyak but-but HPA. Tak berjaya juga sebab Zara ni memang seorang yang tidak pernah mengalah dan berputus asa. So, Zara menang. Haha

Ok, Jadi saya amik keputusan untuk biarkan je. Bila dah bersedia nanti, senang je Zara wean off dengan sendiri hendaknya. Hehe.


Tip mudah untuk cerai susu anak - Credit

1) Bercakap

Terangkan pada anak yang dia dah besar. Kene minum susu botol dah. Mintak persetujuan anak. Lakukan masa sedang bf. Lakukan berulang-ulang tiap kali bf, 1-2 minggu.


2) Beri Masa

Kalau kita target nak cerai susu akhir Mac, awal Februari tu dah start beri hint dan explain kat anak.


3) Setkan Minda

Kita yakin yang usaha kita pasti berjaya. Fikirkan yang anak kita dengan mudah nanti nak bercerai susu.


4) Bersabar

Proses cerai susu ni melibatkan emosi ibu dan anak, jadi si ibu perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak. Kalau anak mengamuk, menangis, pujuk dengan kasih sayang.


5) Bercakap Benar

Jangan menipu kata miss B sakit, jadi tak boleh bf anak lagi. Kalau letak sirap, mungkin boleh tunjukkan memek muka yang tak best.

Kalau kebetulan sakit, boleh explain kat anak.


6) Bahan Yang Selamat

Janganlah guna bahan yang kelat sangat macam akar bakawali. Kesian kat anak kita.

Setakat sirap tu ok lagi. Ada yang guna kopi tapi last-last, anak jadi penggemar kopi plak. Kalau tak nak dedahkan kafein lebih awal pada anak, baik guna bahan lain.


7) Berdoa

Part ni paling penting. Tiap kali lepas solat, doa sungguh-sungguh agar Allah tolong, beri kemudahan. Alhamdulillah, walaupun 2 percubaan cerai susu saya tak berjaya, percubaan kali ke-3 berlaku dengan sangat mudah.

Semoga bermanfaat! :)

Lagi tips weaning off ---->> di sini

Sunday, August 23, 2015

Sunnah sebelum tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :)

Malam ni wani nak kongsikan dengan anda sunnah yang boleh kita lakukan sebelum tidur.

Boleh dijadikan check list kita sebelum melelapkan mata. InsyaAllah hidup kita akan diberkati dan diredhai olehNYA.

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Semoga bermanfaat! :)

Saturday, August 22, 2015

Peluang berpantang yang INDAH

Bagi saya sendiri, dapat berpantang dengan vitamin Shaklee adalah satu kenangan yang INDAH kerana kita tak perlu risau memikirkan kesan pada baby sama ada KUNING atau pun tak.

Tapi sebaliknya, baby dapat manfaat..ibu pun dapat manfaat.

Hari-hari yang dilalui adalah hari yang mengembirakan kerana badan rasa bertenaga untuk menguruskan si kecil yang baru dilahirkan.

Dan tak lupa juga orang sekeliling yang perasan akan perubahan diri kita.


Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Friday, August 21, 2015

Agen Shaklee Melaka - 9 Sebab Anda Mahu Pilih Kami Sebagai Konsultant Shaklee Anda

Shaklee Melaka
Agen Shaklee Melaka


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera :)

Agen Shaklee Cheng, Klebang, Malim Melaka.

Saya, Wani, merupakan Agen Shaklee anda di Melaka. Lokasi berhampiran dengan Restoran Yong Tau Foo Pulau Gadong, Taman Bertam Perdana.


9 Sebab Anda Mahu Pilih Kami Sebagai Konsultant Shaklee Anda

#1 Servis Penghantaran Ke rumah anda!

Jika anda perlukan produk Shaklee, insyaAllah kami boleh hantarkan ke tempat anda di kawasan Cheng secara PERCUMA! atau anda boleh datang ke tempat kami di Taman Bertam Perdana.


#2 Penghantaran Melalui Poslaju / GDex / Citylink ke Seluruh Malaysia!

Kami juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia dengan kos:

Minimum
RM 6.35 (Semenanjung)
RM 10.60 (Sabah/Sarawak)

Maksimum
RM 10.60 (Semenanjung)
RM 21.20 (Sabah/Sarawak)

FREE Postage
Pembelian melebihi RM800 (Semenanjung)
Pembelian melebihi RM 1000 (Sabah/Sarawak)


Vitamin Shaklee yang akan diposkan



Packing! Packing!
Penghantaran melalui GDex
Vitamin Shaklee sudah sampai


#3 Produk Shaklee Ready-stock

Kami sentiasa ada ready-stock produk Shaklee. InsyaAllah
 
Stok Shaklee



#4 Agen Shaklee Bertauliah

Saya telah menghadiri Wellness Workshop (basic product Workshop). InsyaAllah saya akan bantu anda mencapai kesihatan yang anda inginkan melalui ikhtiar dengan produk Shaklee

http://kesihatanadalahanugerah.blogspot.com/2013/04/shaklee-di-melaka.html
Wellness Workshop Shaklee yang dihadiri


#5 Pengguna Shaklee Sejak 2012

Saya merupakan pengguna Shaklee sejak 2012 hingga kini. Pada asalnya mencuba produk Shaklee kerana susu berkurangan untuk anak pertama. Alhamdulillah dengan asbab mengamalkan supplemen Shaklee, saya dapat menyusukan anak saya sehingga berumur 2 tahun dan kini menyusukan anak yang kedua berumur 2 tahun 9 hari.

Supplemen sangat penting dalam penyusuan, kehamilan dan berpantang untuk mengekalkan kesihatan dan membuatkan ibu-ibu cergas dalam menjalankan tugas seharian. Kehidupan sebagai seorang ibu, isteri dan bisnesswoman sesungguhnya memang mencabar. :)

Membesar dengan susu ibu sehingga 2 tahun. Alhamdulillah.


Seluruh ahli keluarga kami menggamalkan Shaklee sebagai makanan tambahan.



#6 Agen Shaklee yang Komited sejak 2012

Saya mula berbisnes Shaklee sejak Jun 2012. Alhamdulillah, bisnes Shaklee telah banyak merubah kehidupan saya ke arah lebih baik.


#7 Syarikat Berdaftar Dengan SSM

Kami syarikat berdaftar dengan SSM dengan nama Addurun Nafis


#8 Konsultasi Eksklusif Buat Para Pelanggan Kami

Anda layak untuk mendapatkan konsultasi (after-sales service) secara PERCUMA dari kami. Eksklusif buat semua pelanggan kami


#9 Pantas dan Mesra

Kami boleh dihubungi melalui SMS atau Whatsapp di 019 658 1210. InsyaAllah kami bantu sedaya yang termampu. :)

Thursday, August 20, 2015

Bersalin normal atau pembedahan



Alhamdulillah..bersyukurlah samada czer atau normal kerana di luar sana masih ramai yang nakkan anak.

Teringat pula kata2 dr muhaya bila ada seseorang yang hampir berputus asa untuk mendapatkan anak.

Kenapa nak anak?
- tak tau nak jawab. Blurrrr.
- nak anak sebab orang lain ada anak. Saya pun nak la jugak.
- nak anak sebab nanti orang tanya, bila nak dapat anak? *rimas nak jawab*

Haaa...nampak tak? Kalo gitu macam mana????

Dr muhaya cakap. Sebetulnya kita nakkan anak adalah kerana Allah. Anak tu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Bukan sebab orang lain, bukan sebab sesiapa. Tapi kerana Allah swt.

Wednesday, August 19, 2015

Resepi : Lasagna Daging

LASAGNA DAGING

Bahan2
500g daging kisar
2bj bwg holand-potong dadu
6ulas bwg putih-cincang
7bj cendawan butang-hiris
1bj cili Bengala hijau- potong dadu
5bj tomato
1botol sos prego
1sdb cili kisar
daun parsley
garam
gula
2helai daun bay
sedikit lada hitam

cara2
tumis bwg holand + bwg putih sehingga naik bau
mskkan cendawan+daging kisar+cili kisar+daun bay+cili bengala+ tomato.. tumis sehingga daging berubah warna
mskkan sos prego+daun parsley+garam+gula+ lada Hitam...tumis kesemua bhn sehingga masak...ketepikan

sos putih/sos cheese

500ml susu Segar
2sdb butter
2sdb tepung gandum
7-8keping cheese cedar
lada Hitam
garam

cara2

cairkan butter..kemudian mskkan tepung gandum..kacau sehingga tidak bergentil..
mskkan susu..kacau rata
mskkan cheese +garam+lada hitam... api sederhana..
kacau sekejap2 supaya bwh tidak hangit..lama2 adunan akan pekat...ketepikan

bhn2 lain

cheese mozarella-parut
kepingan lasagna- rendam dlm air dlm 15minit

cara2 melapis

sedikan Loyang 4segi
mskkan sesenduk adunan cheese
kemudian susun kepingan lasagna
mskkan adunan sos lasagna td.. ratakan
slps itu mskkan sesenduk adunan cheese tuang atas sos td.. tutup dgn kepingan lasagna..ulang sebanyak 3x..last taburkan cheese mozzarella..
bakar suhu 180-200c selama 30-45minit

* bole diganti dgn roti jika tiada kepingan lasagna td

SELAMAT MENCUBA

Sumber : Dapur resepi di FB

Tuesday, August 18, 2015

Fungsi B Complex semasa berpantang

Kumpulan Vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf.

Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi

Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan

Meningkatkan tahap metabolisma ibu

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Monday, August 17, 2015

Shaklee : Sentiasa selamat


Ini juga merupakan sebab saya yakin consume produk Shaklee.



350 ujian dijalankan ke atas setiap bahan bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah SELAMAT.

Usah ragu lagi.

Standard keselamatan kami tinggi tidak terhingga ~ Shaklee

Semoga bermanfaat! :)

Sunday, August 16, 2015

Alfalfa untuk ibu berpantang

  • Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
  • Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
  • Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
  • Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
  • Membantu membanyakkan susu ibu.
  • Membuang angin dalam badan dan
  • Memulihkan urat selepas bersalin
Semoga bermanfaat!

Order & Info:
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Saturday, August 15, 2015

Petua Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat

JANGAN BIARKAN LUKA BASAH


Luka yang basah ataupun lembap akan menyediakan medium kepada bakteria untuk membiak. Oleh sebab itu, seboleh-bolehnya keringkan luka setiap masa. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, selalunya doktor akan spray kan, tujuannya untuk menyediakan mengelakkan air meresap masuk ke kawasan tersebut, tapi pastikan selalu lap dan keringkan kawasan luka selepas mandi atau ke tandas ya.

Untuk mereka yang bersalin secara normal, gunakan ubat kuning yang diberikan oleh hospital, dan kalau boleh sebelum sapu ubat tu keringkan dulu tempat luka dengan menggunakan tuala bersih ataupun anginkannya.


BASUH DENGAN AIR GARAM



Petua ini hanya terpakai untuk mereka yang bersalin secara normal. Ambil air suam dan dicampur sedikit garam sebelum dibasuh pada tempat luka, mungkin agak sedikit pedih pada awalnya. Lepas itu keringkan dan sapu ubat kuning


JANGAN ANGKAT BEBAN YANG BERAT


Terutamanya kepada mereka yang bersalin melalui pembedahan, mengangkat beban yang berat akan memberi tekanan kepada bahagian luka. Selain itu, jika batuk atau bersin lebih baik gunakan bantal sebagai alas untuk menekan perut.


AMALKAN MAKANAN BERKHASIAT


Ketika tempoh berpantang, ada bermacam-macam jenis makanan yang dilarang ambil mengikut amalan pantang tradisional kita. Sebagai contoh, bayam tidak boleh makan kerana sejuk padahal bayam mengandungi zat besi yan bagus untuk pembentukan sel-sel darah merah, jadi ibu-ibu yang sedang berpantang kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Untuk penyembuhan luka yang lebih cepat, makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging putih iaitu ayam serta protein daripada sayuran hijau dan soya adalah digalakkan pengambilannya. Namun begitu, protein daripada daging merah perlu dielakkan pada tempoh awal kerana boleh menyebabkan sembelit. Pengambilan makanan berkhasiat juga penting untuk menggalakkan pengeluaran susu yang lebih banyak untuk bayi kita.

Tapi, saya ada cara untuk mendapatkan semua khasiat seimbang yang diperlukan ketika tempoh berpantang tanpa mengambil makanan terlarang. Nak tahu? Klik di sini 

Semoga bermanfaat! :)

Friday, August 14, 2015

Produk Shaklee dijamin SELAMAT

Produk Shaklee dijamin SELAMAT

Sentiasa Selamat. KENAPA?



Lebih dari 100,000 - ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan

Potensi terjamin - Pengesahan bahan botani daripada pihak ke tiga

Ketulenan terjamin - 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru

100 % kepuasan terjamin

Thursday, August 13, 2015

Fakta Sr Vita C Shaklee

Sustain Release Vita C Shaklee

- Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren

- Memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.

- Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.

- Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.



Ibu hamil disarankan mengambil vitamin C kerana

- Vitamin C penting dalam penyerapan zat besi dan asid folic. Disarankan vitamin c diambil bersama-sama dengan Vitalea dan Bcomplex.

- Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen. Penting untuk bayi anda di dalam kandungan.

Dapatkan Sr Vitamin C dari pengedar sah Shaklee anda.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Wednesday, August 12, 2015

Testimonial Set Bersalin Shaklee : Sembelit tiada lagi

Klik imej untuk paparan lebih jelas
Kelahiran pertama

- Luka lambat sembuh
- Sembelit teruk
- Susu badan ambil masa seminggu baru ada
- Badan lesu, lemah tak bertenaga

Kelahiran kedua


- Alhamdulillah tak da sembelit langsung
- Luka cepat sembuh
- Hari ke 3 susu badan dah ada
- Nampak bertenaga

Alhamdulillah, semasa kelahiran kedua beliau mengambil set pantang Shaklee dan merasakan banyak kesan POSITIF.

Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Tuesday, August 11, 2015

Aktiviti Si Comel Dalam Perut Ibu

Jom kita tengok apalah si comel ni buat dalam perut ibu yea? Bermacam-macam gaya dah. Hehe.


Inginkan Set Hamil Shaklee? klik di sini

Monday, August 10, 2015

Testimoni set pantang shaklee

Klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Sudah 31 hari berpantang, luka bersalin dah sembuh.

Rahim kecut cepat berbanding baby pertama

Senang nak buang air besar

Before bersalin berat 63.5kg. Selepas bersalin 52.5kg. Turun 11kg.

Badan sihat dan cergas

Alhamdulillah.

Lepas ni nak makan supplemen shaklee sampai bila-bila katanya. :) - (ini la ayatnya bila orang dah tangkap cintan. Hehe)

Tq Pn Anie Arie kerana berkongsi pengalaman.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Sunday, August 9, 2015

YES PACK : Set bersalin Shaklee

Promosi dari Shaklee (May 2015 - October 2015)

promosi set penjimatan yang mana dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat.

Set Shaklee Lebih Jimat

Salah satu set yang mendapat sambutan ramai adalah Set bersalin Shaklee.


1. ESP
 Memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

2. Omega Guard
 Membantu menghilangkan sejuk-sejuk dan lenguh-lenguh pada sendi

3. Vita C Plus
Mengurangkan stretch marks. Mempercepatkan penyembuhan luka. Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin. Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

4. Vitalea
 Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin

5. Ostematrix
 Tidur malam lebih lena. Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan. Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas. Melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya. Badan lebih cergas bertenaga apabila bangun bagi

6. B Complex 
 Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan). Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang. Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang

Inilah antara kelebihan set bersalin Shaklee yang ada dalam YES PACK.

Berminat?
Sms / Whatsapp : 019 658 1210

Saturday, August 8, 2015

Doa Maryam - amalan supaya mudah bersalin.

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

Friday, August 7, 2015

Testimoni : Set Bersalin Shaklee



- Badan rasa bertenaga walaupun dalam sakit nak bersalin.

- Badan rasa segar.

- Muka tak pucat dan badan nampak cergas.

Inilah penangan set bersalin Shaklee. Saya sendiri pun sudah merasainya. Memang berbeza jika amalkan supplemen Shaklee atau tak.

Sebab itulah saya sudah jatuh cinta dengan supplemen Shaklee. :)

Anda dah merasa? Jika belum, inilah masanya. :)

Tq Puan Diyana kerana berkongsi.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Thursday, August 6, 2015

Pemulihan luka selepas pembedahan

Makanan yang SEGAR dan BERKHASIAT adalah sangat penting proses pemulihan luka selepas pembedahan dan selepas bersalin



Multivitamin

Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Biasanya orang yang baru menjalani pembedahan akan berpantang daripada makan macam-macam makanan. Jadi bagi mengelakkan mereka daripada kekurangan nutrisi, Vita-Lea amat membantu untuk melengkapkan keperluan zat tersebut setiap hari.

Vitamin C

Juga membantu memulihkan sel-sel badan dengan cepat. Luka akan lebih cepat sembuh jika digabungkan dengan vitamin C. Membantu pembentukan kolagen dalam badan. Turut membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita.

Vitamin E

Membantu menghilangkan parut selepas pembedahan atau luka yang dialami.

Wednesday, August 5, 2015

Ibu menyusu awet muda

Kisah benar dari Pn Hana setelah mengamalkan vitamin Shaklee.

"Salam kak cery...hi...

Arini sy bergembira sbb ade news yg menggembirakan walaupun sebenarnya x gembira sangat disebabkan hubby masih lg dekat ward..huhu

ok, sblm tu sy nk story dl ttg vitamin shaklee...sy dh consume set B dh hampir 2 bulan lbh...ms bulan pertama sy cuma beli trial pack sbb nk cuba je..first sy consume mmg sy rs perbezaan sbb susu makin bertambah...ms awal2 dulu (before consume shaklee) sy blh pum 20oz dlm satu ari...bila muhammad dh 11 bulan, satu hari sy pum cuma blh dapat 10oz shj...sikit kan...then sy dpt thu shaklee ni dari kawan sy, Siti Amilia Yaman..die suggestkan sy consume shaklee dan kenalkan saya dgn kak cery..hihi..thanx Amy...bl dh consume shaklee sy boleh maintain pum susu 20oz sehari..syukur alhamdulillah...tp bukan setakat tu je tau...ade lg benefit yang lain...badan xrs penat, rs bertenaga je...pastu keputihan hilang, setel masalah...

sy mmg ade keputihan since blm kawin, bl pregnant sy mengalami keputihan yg melampau hingga kegatalan...kalaulah sy kenal shaklee ni dh lama...mesti masalah sy dh lama selesai..xperlu masukkan ubat utk buang keputihan tu..syukur alhamdulillah sbb dh xpyh pkai pantyliner lg..hehehe..jimat duit...so, bila abis trial pack, sy beli fullpack set B...mmg nampak mahal tp sy rs berbaloi2 sgt..sbb blh tahan smpi 4bulan...dan byk benefit yg sy dpt..hehehe

Dan ape yg menggembirakan sy arini adalah...jeng jeng jeng..hehehe...ade lg benefit ni selain dr yg kt atas tu...ms sy melawat hubby kt hospital putra bp, ade nurse tnye hubby umur sy dan umur hubby...then hubby tnye knp..? nurse2 tu bgthu "wife abang nmpk muda lah, xsangka dh ade anak yg semangat tu.." hehehe...wahhh, hubby bangga ok and jeles!!! hahaha...penangan makan vitamin2 shaklee ni..sukanyaaa...kalau mcm ni lah, mmg sy xkan miss makan vitamin shaklee ni..hehehe...btw, thanx kak cery sbb kongsi dgn sy psl vitamin2 ni semua...hehehe...sy sertakan sekali gmbr muhammad yg comel tu..huhu..die suka buat muka comel..."



--------------------------

Alhamdulillah, banyak sangat yang Pn Hana dapat bila consume vitamin Shaklee ni. Pada mulanya hanya untuk menambah susu badan. Alhamdulillah, banyak kelebihan lain yang beliau dapat. Antaranya:

1. Dapat maintain kembali pump susu 20 OZ sehari. Banyakkan. :) Alhamdulillah.

2. Badan rasa bertenaga, tak penat.

3. Keputihan hilang.

4. Kelihatan awet muda dari usia. Haaa..siapa tak terujakan? ;)

Jadi, supplemen shaklee bukan sekadar tambah susu malah awet muda gitu.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Tuesday, August 4, 2015

Produk untuk ibu menyusu

Bila badan kita sihat, insyaAllah produktiviti susu untuk si kecil tidak akan terganggu. Banyak faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu kurang susu badan. Antaranya adalah:

1. Sesi pump dikurangkan atas alasan sibuk

2. Jarak antara sesi pump melebihi 4 jam (jarak yang terlalu jauh menyebabkan badan mendapat signal baby tidak perlukan banyak susu, jadi badan kurangkan penghasilan susu)
       
3. Ibu meninggalkan sesi pump semasa cuti/kursus
       
4. Kurang pengambilan air kosong (ibu menyusu harus minum 3-4 liter air kosong sehari)
       
5. Ibu terlalu penat dan stress dengan urusan seharian
       
6. Ibu tidak mengamalkan pemakanan seimbang
       
7. Ibu tidak sihat/sakit


Ini adalah antara punca-punca lazim yang menyebabkan susu ibu kurang. Namun tidak dinafikan ada juga faktor-faktor lain di luar kawalan seperti datang haid ataupun hamil. 2 faktor ini juga biasanya menyebabkan susu ibu kurang kerana ketidakstabilan hormon dalam badan.

Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda di luar sana tentang makanan tambahan yang saya ambil bagi menjayakan penyusuan anak sehingga ke 2 tahun.


1. Vitalea

lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas


2. B-Complex
menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh


3. Vitamin C
Vitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C


4. ESP (Energizing soy protein)

Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.


5. Ostematrix (Calcium Magnesium)
 
diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis


6. Alfalfa
 
galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi untuk keintiman wanita.

Sedikit sebanyak mengenai info makanan kesihatan yang saya ambil. Jika anda berminat untuk mendapatkannya juga, boleh hubungi secara sms / whatsapp di 019 658 1210
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...