"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, August 24, 2015

Cara nak wean-off atau cerai susu

Setiap ibu-ibu mesti mengalami proses bercerai susu (wean-off) dengan si manja tersayang. Perasaan yang pastinya meruntun hati pasti dialami ibu-ibu dan juga si manja. Begitu juga dengan saya. :) Proses bercerai susu bagi anak pertama amat mudah jika dibandingkan dengan anak ke 2 :)


Pengalaman bercerai susu anak pertama

Amat mudah sekali. Hanya mengatakan pada Zafran (anak), 'nenen' ibu sakit. Masa tu umur Zafran 1 tahun 9 bulan. Zafran dah boleh faham apa yang diberitahu. Nak bercerai susu sebab masa tu mengandungkan anak ke 2. Dia lihat muka ibu berkerut-kerut tahan sakit (masa ni memang sakit sebab susu membengkak). Sejak dari tu, Zafran langsung tak mintak nenen sebab dia risau ibu sakit. Tapi perasaan ibu pula yang sayu dah sedih bila bercerai susu dengan anak. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Pengalaman bercerai susu anak ke dua

Berbeza dengan adiknya Zara. Zara sekarang dah 2 tahun. Nak ceraikan susu ni sebab tak tahan asyik kena gigit je. Haha. Lagi pun umur Zara dah 2 tahun. InsyaAllah Zara dah dapat manfaat secukupnya dari susu ibu.

Cara 1 : Guna Vivix Shaklee. Vivix Shaklee kan warna merah pekat. Cakap ngan Zara ni darah, nenen ibu berdarah. Mula-mula dia takut dan tak nak, tapi lepas tu dia lap dengan kain. So, Zara berjaya. haha

Cara 2 : Letak kopi Vietnam. Zara ni cerdik, mula-mula je dia tak nak, tapi lepas tu dia datang balik tengok ada lagi tak kopi Vietnam tu kat nenen ibu. Kalau ada lagi, dia sapu-sapu pastu perlahan-lahan minum. Hmm..lekat juga kopi Vietnam kat mulut dia. Tapi kopi Vietnam ni macam tak pahit pula, sedap je dia minum susu ibu. Haha. So, Zara berjaya. Haha

Cara 3 : Guna minyak but-but HPA. Tak berjaya juga sebab Zara ni memang seorang yang tidak pernah mengalah dan berputus asa. So, Zara menang. Haha

Ok, Jadi saya amik keputusan untuk biarkan je. Bila dah bersedia nanti, senang je Zara wean off dengan sendiri hendaknya. Hehe.


Tip mudah untuk cerai susu anak - Credit

1) Bercakap

Terangkan pada anak yang dia dah besar. Kene minum susu botol dah. Mintak persetujuan anak. Lakukan masa sedang bf. Lakukan berulang-ulang tiap kali bf, 1-2 minggu.


2) Beri Masa

Kalau kita target nak cerai susu akhir Mac, awal Februari tu dah start beri hint dan explain kat anak.


3) Setkan Minda

Kita yakin yang usaha kita pasti berjaya. Fikirkan yang anak kita dengan mudah nanti nak bercerai susu.


4) Bersabar

Proses cerai susu ni melibatkan emosi ibu dan anak, jadi si ibu perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak. Kalau anak mengamuk, menangis, pujuk dengan kasih sayang.


5) Bercakap Benar

Jangan menipu kata miss B sakit, jadi tak boleh bf anak lagi. Kalau letak sirap, mungkin boleh tunjukkan memek muka yang tak best.

Kalau kebetulan sakit, boleh explain kat anak.


6) Bahan Yang Selamat

Janganlah guna bahan yang kelat sangat macam akar bakawali. Kesian kat anak kita.

Setakat sirap tu ok lagi. Ada yang guna kopi tapi last-last, anak jadi penggemar kopi plak. Kalau tak nak dedahkan kafein lebih awal pada anak, baik guna bahan lain.


7) Berdoa

Part ni paling penting. Tiap kali lepas solat, doa sungguh-sungguh agar Allah tolong, beri kemudahan. Alhamdulillah, walaupun 2 percubaan cerai susu saya tak berjaya, percubaan kali ke-3 berlaku dengan sangat mudah.

Semoga bermanfaat! :)

Lagi tips weaning off ---->> di sini

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. hikhikhik...
    ain guna ubat gigi, cakap kat dia pedas. dalam 3 kali try dah tak nak.
    wean off sebab pregnant & susu pun dah kering sebab alahan teruk tak cukup air 2 bulan semua. so, alau direct bf tu memang sakit la sebab kering kan. huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...