"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Thursday, August 27, 2015

Menjana income dari rumah

Pada zaman sekarang, ramai suri rumah yang bekerja dari rumah. Dari rumah sahaja mereka boleh mendapatkan pendapatan. Sambil jaga anak, kemas rumah, memasak, jemur kain, angkat kain, lipat kain dan sebagainya mereka mampu juga untuk menjana pendapatan. :)

Saya memilih untuk bekerja dari rumah memandangkan tidak mahu berpisah dari suami pada suatu ketika dahulu. Suami bekerja di Melaka dan saya bekerja di Putrajaya. Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Di Putrajaya saya bekerja di Jabatan Perdana Menteri sebagai staff kontrak. Jadi tak da masalah bagi saya untuk berhenti.

Jika diikutkan, memang sayang meninggalkan kerja yang kita suka. Tapi demi suami, saya sanggup. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya pada ketika itu. Bila saya melepaskan kerja di sana, saya sebenarnya membuka peluang kepada mereka yang sedang mencari kerja. :)

Alhamdulillah, Allah lorongkan saya untuk membuat bisnes Shaklee. Dengan bisnes Shaklee, banyak yang saya belajar dari ZERO pengalaman berniaga sehinggalah ke hari ini dan saat ini. Sekarang saya sudah mempunyai 2 orang cahaya mata dan saya sangat bersyukur dan berpuas hati kerana mereka membesar di hadapan mata saya sendiri.

Dengan berbisnes Shaklee, saya mendapat ramai kawan. Jadi tiada istilah bosan walaupun tidak bekerja, saya masih boleh bersosial bersama mereka dengan menghadiri kelas-kelas ilmu dan kebanyakkannya kami berhubung melalui facebook dan group2 whatsapp.

Shaklee juga menganjurkan pelbagai majlis ilmu untuk kami para Shaklee Independent Distributor (SID) supaya kami menjadi penjual yang berilmu dan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, malah lebih kepada membantu mereka yang memerlukan tahap kesihatan yang lebih baik.

Saya juga telah berpeluang mendapat percutian FREE dari Shaklee. Pada 2014 saya berpeluang menginap di Sunway Resort Hotel & Spa selama 3 hari 2 malam. Makan, minum dan tempat penginapan semua di biaya oleh Shaklee.

Bersama my nanny in Shaklee

Award yang diterima. Alhamdulillah.

Bersama penerima award.


Begitu juga pada 2015. Alhamdulillah, saya mendapat penginapan PERCUMA menginap di Golden Horses Hotel. Bila dapat FREE, siapa yang tak suka kan?

Dinner bersama geng gojes MSE :)

My great nanny in Shaklee
 Jika saya boleh, anda lagi boleh! Percayalah, kejayaan memerlukan pengorbanan untuk kita menggapainya. Setiap orang ada cita-cita dan impian masing-masing. Beza angan-angan dan cita-cita adalah cita-cita ditulis, dilakarkan di atas kertas. Manakala angan-angan hanya melintas dalam fikiran kita sahaja dan berlalu begitu sahaja.

Anda ingin menjana income bersama kami?

JOM!

Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...