"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Wednesday, September 30, 2015

Anak bebas asma

Lia dan anaknya Irfan, anak beliau antara mereka-mereka yang berjaya sembuh dari athma kronik hasil dari consume Omega Guard. Syukur Alhamdulillah.

Korang tau tak. Sepanjang Oktober ini antara PROMOSI MENARIK untuk anda ialah: GLA Complex, Vitamin E dan Omega Guard. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 019 658 1210 untuk mendapatkan harga promosi. :))

Oh yer, nak kongsikan jugak. Lia menggayakan tudung Werda Sofia warna pink.WERDA membuatkan si pemakai merasa ANGGUN bergaya dengan tudung LABUH, MENUTUPI dada tapi tetap tampil ELEGAN, menyerlahkan KEYAKINAN wanita mukminah,Materialnya yang tahan lasak, cantik terletak, ringan serta tidak panas menjadikan Werda Sofia ini sangat berbaloi untuk dimiliki!Plus Mesra solat &Nursing friendly

Sharing is caring. benda baik harus dikongsikan. Suplemen berkualiti, Tudung berkualiti. Mana boleh saya simpan sorang2.

For people who know quality. W.E.R.D.A and S.H.A.K.L.E.E is affordable and worth the price.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Tuesday, September 29, 2015

DTX™ Complex



Memberi Perlindungan Menyeluruh untuk Kesihatan Hati Anda


DTX™ Complex membekalkan nutrisi sokongan dengan kombinasi pelbagai herba berkhasiat bagi melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati

Mengandungi ekstrak milk thistle, bahan aktif yang mengekalkan keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati

* Produk ini bukan bertujuan sebagai terapi gantian untuk agen yang boleh memudaratkan hati (contohnya alkohol)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Kod Produk:10330 (90 kaplet)

Info & Order:
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Monday, September 28, 2015

Kurus, cantik, bertenaga dengan ESP

ESP istimewa kepada sesiapa yang nak...



 
nak KURUS - ESP mengawal selera makan. Rasa kenyang lebih lama

nak PUASA - ESP membekalkan tenaga sepanjang hari

nak TAMBAH SUSU IBU - ESP membantu menggalakkan penghasilan susu & susu lebih pekat. Menyokong perkembangan bayi

nak CANTIK - ESP memberi kulit yang cantik, otot, kuku & rambut yang sihat

nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya, mengurangkan risiko kanser

nak SUBUR/HAMIL - ESP membantu keseimbangan hormon, kurangkan gejala menopos

nak kawal DIABETES - ESP membantu mengawal kepekatan gula darah

nak kawal KOLESTROL - ESP menyokong paras LDL Kolestrol sihat.


Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Sunday, September 27, 2015

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur


Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
  •     2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
  •     1 paket agar-agar serbuk 10g
  •     4 cawan air
  •     1/2 cawan gula pasir
  •     1/2 cawan susu pekat manis
  •     1 tin susu cair
  •     3sb  tepung kastard
  •     1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1.     Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2.     Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3.     Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4.     Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais :)

Alhamdulillah :)

Saturday, September 26, 2015

80 Peratus Tugas Detox Dilakukan Oleh Hati

Hati merupakan organ utama untuk menapis racun, sedangkan usus besar, ginjal, paru-paru, dan kulit adalah organ-organ tubuh yang membuang racun dari dalam tubuh.
  
Hati adalah organ utama detoksifikasi yang memiliki 2 fungsi:
  • Menapis racun dari aliran darah
  • Mengubah racun agar dapat dengan mudah dibuang dari tubuh. Hati akan menggunakan enzim tertentu untuk menetralkan racun menjadi suatu bentuk yang dapat dikeluarkan tubuh, misalnya banyak racun yang boleh dihancurkan dengan lemak.

Tanda hati anda 'sakit'

1. Keletihan melampau

2. Air kencing gelap

3. Masalah kulit

4. Najis pucat atau berdarah atau warna seperti tar

5. Muntah-muntah

6. Sakit abdomen dan bengkak

7. Bengkak kaki dan buku lali

8. Kulit dan mata menjadi kuning (jaundice)

80% tugasan detoks dilakukan oleh hati. Tapi kalau hati kita "sakit", bagaimana nak detoks?
Jaga lah hati kita dengan baik.

 Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.

Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.

Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.


Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.

Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu

Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit

Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung

Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!

Order & Info
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Friday, September 25, 2015

ESP Shaklee Protein Tinggi Kualiti

Tips Cantik dan sihat! :)

Dari koleksi buku tulisan Dr Bruce Miller. Katanya, kalau paras protein rendah ianya boleh menjejaskan pelbagai hormon dan pengawal-pengawal lain dalam proses badan. Itu menyebabkan kulit berminyak, menggelupas, berbintik perang, jerawat, jeragat dan masalah-masalah lain. Protin penting kepada kulit kerana kulit sendiri adalah protin.


Dr Bruce Miller menggalakkan pengambilan suplemen protin soya yang berkualiti tinggi!. Pandai-pandai lah pilih mana satu yang high kualiti tak gitu?


Saya memang dah lama pilih ESP. Dan bila baca artikel ni, saya akui rata-rata customer saya yang konsisten amalkan 3 sudu besar ESP setiap hari, mengakui efek yang menakjubkan kat kulit. Pejal,tegang,licin.


Kulit yang pejal dan licin bergantung kepada protin tinggi kualiti

Jadi jangan mengelat ambil ESP setiap hari tau. Efek bukan sehari dua, kena konsisten setiap hari.

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015




Assalamualaikum semua :)

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

To Our Muslim Friends, Wishing you a safe journey this Hari Raya Aidiladha. Happy holidays to all!

Alhamdulillah :)

Wednesday, September 23, 2015

Keperluan Protein Untuk Tubuh Manusia

Baiklah, hari ni saya nak kongsikan KEPERLUAN PROTEIN yang perlu kita ambil mengikut jantina, peringkat umur dan kumpulan...

Ini bukan rekaan tau, tetapi hasil daripada RDA (Recommended Daily Allowance).
Jemaah Makanan dan Pemakanan Majlis Penyelidikan.

Kebangsaan -->> Cadangan PROTEIN harian (1980) gram

KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH
1 - 3 Tahun = 23 gram
4 - 6 Tahun = 30 gram
7 - 10 Tahun = 34 gram

DEWASA
Lelaki (15 tahun +) = 56 gram
Wanita (19 tahun +) = 44 gram
Ibu Hamil = 74 gram
Ibu Menyusu = 64 gram

JANTINA
Lelaki (11 - 14 tahun) = 45 gram
Perempuan (11 - 14 tahun) = 46 gram

Persatuan Perubatan British menyarankan seorang dewasa perlukan 80 - 100 gram PROTEIN sehari. Walaubagaimanapun, pengambilan protein yang lebih adalah baik untuk tubuh.

Dan pastikan pengambilan protein itu adalah daripada sumber NON-GMO. ~ non-Genetically Modified Organism, yang mana penghasilan soya bagi ESP SHAKLEE ini diproses pada kadar suhu yang rendah, untuk memastikan nilai nutrisi protein dapat dikekalkan.

Jika anda ada membeli bahan-bahan makanan/minuman, cuba tengok ada tulis NON-GMO tak. GMO? Bahasa yang senang untuk difahami, 'NON-GMO' adalah sesuatu bahan yang tidak diubahsuai prosesnya. Tidak dicucuk dengan sumber chemical nak bagi subur, nak bagi gemuk cepat, nak bagi membesar cepat, nak bagi takde biji. Begitulah maksud NON-GMO yang mudah untuk difahami :)

PROTEIN daripada sumber ESP SHAKLEE adalah dari sumber soya NON-GMO dan ternyata menjalani ujian klinikal juga.

so??.. minumlah dan amalkanlah tanpa rasa risau, was-was ;)

Dapatkan TAWARAN MENARIK HANYA BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!!

Nak dapatkannya??

Hubungi :

Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Alhamdulillah :)

Tuesday, September 22, 2015

Resepi meatball ala ikea

 Teringinnya nak makan MeatBall Ikea tu kan..Hmmm..Ok guysss, jom kita buat sendiri. Senang jer. Boleh buat bebanyak dan makan ramai-ramai. Compem seronok!

Meatball ala Ikea


Bahan-Bahan :

Meatball segera jenama ramly atau azmi
1 bawang besar
3 ulas bwg putih
2 sudu tepung gandum
3 sudu sos lada hitam
2 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Garam secukupnya
1 cawan susu cair
Keju chesdale beberapa keping
Sedikit mentega


Cara-cara :

1. Goreng meatball hingga masak
2. Cairkan mentega dan tumis bawang putih
3. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga perang
4. Masukkan susu cair dan bahan2 lain
5. Akhir sekali tuangkan atas meatball yg digoreng

Selamat Mencuba!

Monday, September 21, 2015

Menyusu Anak Sehingga 2 Tahun

Dulu semasa menyusukan Zafran, saya belum kenal set menyusu Shaklee. Jadi, masa tu saya ada masalah dalam memberikan susu ibu untuk Zafran. Masalah susu sedikit, anak tak kenyang.

Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan vitamin Shaklee. Saya kembali boleh menyusukan Zafran sehingga umurnya 1 tahun 8 bulan. Terpaksa stop belum cukup 2 tahun kerana saya mengandungkan anak ke dua.

Alhamdulillah, anak kedua saya dapat menyusukan sehingga ke hari ini. Sekarang usianya dah 2 tahun 1 bulan. Set menyusu Shaklee memang saya amalkan sehingga sekarang.

Tengok kepada gambar mommies yang menyusu anaknya tu, bagus pakai tudung WERDA Sofia ni, kainnya besar dan lebar, takyah dah nak beli nursing cover bagai untuk cover time menyusu di tempat awam.

Menarik yer, dahlah Werda Sofia ni boleh tukar mode READY SOLAT dalam masa yang sama ia pilihan terbaik untuk menutup aurat dengan sempurna tapi dalam masa yang sama MASIH KELIHATAN ANGGUN, tak kolot di ruangan mewah atau ketinggalan fesyen


Alhamdulillah :)

Berminat dengan set menyusu Shaklee dan tudung WERDA?

Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Sunday, September 20, 2015

5 Cara Untuk Tingkatkan Sel Darah Putih

Cara semulajadi untuk meningkatkan sel darah putih.

1. Makan makanan yang mengandungi Zink


Imun atau ketahanan badan seseorang bergantung kepada sel darah putih dalam badannya. Kekurangan zink dalam badan boleh menyebabkan ketahanan badan terganggu. The American Cancer Society mendapati kekurangan kadar zink dalam darah atau dalam sel darah putih sering berlaku pada pesakit kanser kepala dan leher atau leukimia. Anda digalakkan untuk memakan tiram, kerang, bayam.

Sumber lain untuk mendapatkan zink dengan lebih mudah, anda boleh mengambil suplemen Zinc Shaklee.


2. Makan makanan yang mengandungi asid folic


Tubuh kita memerlukan asid folic untuk membentuk sel darah putih. Kesan sampingan dari pengambilan asid folic adalah penigkatan leukosit. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan terjadinya anemia yang mana ianya adalah disebabkan kekurangan sel darah merah. Disarankan untuk mengambil lebih banyak bayam, kekacang dan buah-buahan.


Sumber lain untuk mendapatkan asid folic dengan lebih mudah, anda boleh mengambil suplemen B Complex Shaklee.


3. Makan makanan yang mengandung selenium


The University of Maryland Medical Center menyatakan bahwa selenium dapat membantu meningkatkan sel-sel darah putih.Beberapa penelitian juga menunjukkan bahawa selenium dapat membantu mencegah beberapa jangkitan.




Sumber lain untuk mendapatkan selenium dengan lebih mudah, anda boleh mengambil suplemen Vitamin E Shaklee.


4. Makan lebih banyak yoghurt


Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa orang yang memakan probiotik memiliki sistem kekebalan yang lebih kuat daripada mereka yang tidak mengamalkannya.


5. Tambahkan bawang putih


Kajian menunjukkan bahawa tikus yang diberi makan bawang putihmenunjukkan peningkatan dalam sel darah putih. Juga ia menunjukkansemampuan sel darah putih dalam melawan jangkitan dan juga merangsang sel-sel kekebalan tubuh lain.


Sumber lain untuk mendapatkan bawang putih dengan lebih mudah, anda boleh mengambil suplemen Garlic Complex Shaklee.


Ingin mendapatkan vitamin Shaklee?
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Saturday, September 19, 2015

Resepi Bubur Untuk Anak Dalam Proses Nak Sihat

Bahan-bahannya:
secawan beras
daging ikut suka banyak mana
bawang putih
bawang merah
halia
kayu manis & bunga lawang
telor masin
½ cawan pati santan
garam dan aji (kalau perlu)
minyak bijan


Cara:
cuci beras. kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus.


kemudian bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. tapi kalo satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit.


apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. kacau perlahan2 takut telor kuning pecah. guna senduk dan angkat telor masin  utk pastikan ia sudah masak. rasalah. kalo perlu letak garam, letakklah sikit. ada suka bubuh kicap cair sewaktu makan. ada suka bubuh sikit msg masa masak. kemudian tutuplah api.


tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. tumis darat orang kata. hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang ker atau bawang goreng. jgn lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.




Source : Credit

Friday, September 18, 2015

Petua memudahkan urusan harian


Dalam urusan seharian kita, ada pelbagai cara yang boleh kita buat untuk memudahkan urusan yang kadang kala kita rasa ianya amat sulit untuk diuruskan. Antaranya bagaimana untuk menhindari semut, nak lap cermin bagi berkilat, gula-gula getah melekat di baju dan sebagainya. Ok, jom kita lihat, apa yang boleh memudahkan urusan kita dengan hanya menggunakan 3 bahan ini. Iaitu lemon, timun dan roti.

1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman berkarbonat Sprite.

3. Untuk menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7.  Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

8. Kalau baju terkena dawat, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90 peratus  dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

Selamat mencuba!

Anda juga boleh memudahkan urusan seharian anda dengan hanya sebotol Basic H. Tak percaya? Jom klik di sini

Alhamdulillah :)

Thursday, September 17, 2015

Hobi yang menguntungkan

Adakah anda mempunyai hobi?

Adakah hobi anda adalah hobi yang menguntungkan?

Dunia online semakin berkembang dengan pesat, semua orang dari kampung sehinggalah ke bandar boleh menikmati akses internet. Jual beli barang hanya boleh dilakukan di atas talian. Jadi, jika kita mempunyai hobi mengakses internet, apa kata jika kita membuat sesuatu yang berfaedah dengan menjadikan hobi kita ini menguntungkan.

Hobi yang menguntungkan adalah bila kita boleh menjana keuntungan secara tidak langsung. Ada orang hobi dia suka update blog setiap hari. Berkongsi pelbagai tips kecantikan, berkongsi set penjagaan kulit yang dipakai sendiri. Secara tidak langsung dia telah menarik orang untuk mencuba produk yang dipakai olehnya.

Rata-rata sudah ramai yang berjinak dengan bisnes online. Alhamdulillah itu adalah satu peningkatan yang sangat bagus. Ia akan menggalakkan lebih ramai orang ramai untuk membeli belah secara online. Memudahkan suri rumah juga untuk turut berbisnes dari rumah.

Setiap orang mampu menjana pendapatan secara maya dengan modal yang sangat kecil.


Saya menjalankan bisnes Shaklee pada mulanya adalah untuk mengisi masa lapang memandangkan saya telah pun berhenti kerja di Putrajaya suatu ketika dahulu. Sehingga ke hari ini saya masih menjalankan bisnes Shaklee. Bagi saya, ianya adalah satu bisnes yang mudah dan tidak membebankan saya kerana saya hanya perlu membuka kedai secara maya iaitu dengan update blog, update fb, update instagram.

Apa sahaja hobi yang kita ada sebenarnya adalah menguntungkan jika kita melakukan ia dengan istiqomah. InsyaAllah.

Jika anda berminat untuk mempunyai hobi seperti saya, jom sertai saya di Shaklee. Anda boleh hubungi saya melalui SMS / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Wednesday, September 16, 2015

Petua Tajamkan Gunting

Macam-macam petua ada untuk tajamkan gunting ni. Tapi saya nak share 2 je petua je dengan anda. :)

1. Guna botol kaca

Caranya mudah saja, asah gunting pada leher botol kaca tersebut. Buat seperti anda ingin menggunting leher botol berulangkali sehingga anda yakin dan berpuas hati dengan ketajaman gunting anda ya. Jangan risau, botol takkan tercalar dek kerana asahan kita. Teknik ini disah dan diakui berkesan oleh tukang jahit. :)

Credit


2. Guna daun tebu atau lalang

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa helai daun tebu atau lalang. Gunting daun tebu atau lalang sesuka hati. Nak gunting nipis ke, tebal ke ikut suka hati korang lah. Hehe. Selepas itu, anda boleh test ketajaman gunting anda. :)

Credit
Selamat mencuba!

Tuesday, September 15, 2015

Review Restoran Hadramawt Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum :)

Kami sekeluarga memang penggemar nasi arab kalau nak tahu. Hehe. Mana-mana ada jual nasi arab memang kami nak cuba. Alhamdulillah berpeluang untuk cuba nasi arab di Restoran Hadramawt. Kalo ikotkan ni dah kali kedua kami makan di sini. :)

Service macam kat hotel. Pelayan mesra pelanggan. Siap pakaikan kasut untuk Zara. Hehe

Kali pertama ke restoran ni punya la ramai orang sampaikan kena beratur tunggu turn tempat makan. Ramai betul peminat nasi arab kan. hehe. Waktu malam restoran ni amat cantik dengan lampu hiasan di luar restorannya.

Kali ke dua kami makan pada sebelah siang. Waktu siang tak ramai sangat orang. Servis yang diberi amat bagus. Makanan boleh dikatakan murah, berbaloi dan menepati citarasa. :)

Araisee
Nasi Arab size Medium. 3 orang boleh makan
Kebab Ayam

Antara menu yang kami makan. :)


Monday, September 14, 2015

Gambar passport pertama girlfriend saya

Assalamualaikum semua :D

Semoga anda semua sihat-sihat hendakNYA.



Ini adalah gambar passport pertama girlfriend saya.

Nama : Zara Saffiyah binti Mohd Khuzaifah
Umur : 1 tahun 3 bulan (dalam gambar). Sekarang dah 2 tahun 1 bulan.
Minuman kegemaran : semestinya susu ibu.
Makanan kegemaran : roti gardenia
Bil. Adik beradik : 2 beradik. InsyaAllah akan bertambah lagi nanti.
Cerita kegemaran : Robocar Poli
Impian hidup : Menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah. Berjaya dunia dan akhirat.

Hihi...ni la sedikit sebanyak biodata saya. ;)

Alhamdulillah :)

Sunday, September 13, 2015

Merawat Kulit Terbakar dan Melecur

Kejadian yang tidak diingini berlaku tanpa diduga. Semoga yang mengalami tabah dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya kita manusia diuji dalam pelbagai cara.

Bagaimana untuk merawat bagi mereka yang kulitnya terbakar atau melecur?

Anda boleh mencuba Vita-E, Bcomplex, VitaC dan Energizing Soy Protien (ESP) bagi membantu kesan pemulihan kulit dengan cepat. Apakah fungsi-fungsi vitamin-vitamin ini:



Vitamin E: Menghilangkan parut, memperbaiki kulit dengan pantas


Bcomplex: Melembapkan kulit, menghilang stress

 

Vitamin C: Mencantikkan kulit, menjadikan penyembuhan kulit samarata. Ia juga meningkatkan sistem immune.

 

ESP: Membantu memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah berjaya menggunakan Set Kebakaran ini:


Alhamdulillah. :)

Info & Order:
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Saturday, September 12, 2015

Petua Menghilangkan Parut Chiken Pox

Anda dah terkena chiken pox? atau anak-anak anda sedang mengalaminya sekarang? Alhamdulillah kedua-dua anak saya dah terkena chiken pox. Kami suami isteri pon dah. :D

Doktor kata, Chiken pox ni sekali seumur hidup je. Jadi, tak risau lagi dengan chiken pox. Hihi.

Nak tahu macam mana kami handle anak bila terkena chiken pox? rujuk link ini.

Anak kami yang pertama doktor kata Chiken pox nya jenis yang mengganas. Sehari dah naik banyak. Dekat muka pon banyak. Tapi yang no 2 naik sikit je. Macam tak naik chiken pox pun ada sebab kat muka ada satu dua biji je tapi jenis yang halus-halus je. Jadi memang tiada parut langsung. Alhamdulillah.
Jom saya kongsikan beberapa petua untuk hilangkan parut Chiken pox ni.

1. Bijirin Oat

Membantu melembabkan kulit di mana ia mempercepatkan proses pemulihan parut yang makin nipis. Bukan saja bantu kekalkan kelembapan kulit tapi bantu kurangkan kemerahan dan secara lembut menipiskan tona kulit tak sekata. Boleh sapu paste oat yang dicampur dengan air atau yogurt ke kulit dan gosok perlahan-lahan. Biarkan kering sebelum basuh.


2. Baking Soda

Baking soda yang bersifat alkali, membantu mengekalkan PH pada kulit. Baking soda bantu kurangkan kerengsaan dan kegatalan dan dalam masa sama bantu elakkan kita menggaru bekas chicken pox tu yang boleh jadi punca utama parut pada kulit. Baking soda juga bertindak sebagai agen penggelupasan lembut pada kulit. Boleh bancuh paste baking soda dengan sedikit air dan gosok selama 1-2 minit p ada bekas chicken pox sebelum dibasuh.


3. Aloe vera 

Sangat baik untuk menghilangkan kerengsaan, melembabkan dan memulihkan kulit yang luka akibat chicken pox, allergy dan sebagainya. Gel aloe vera baik untuk merawat kulit sebab dalamnya terdapat antioksidan dan anti mikrob. Cecair aloe vera boleh meresap masuk jauh dalam kulit untuk melembabkan kulit dan dalam masa sama meningkatkan penghasilan kolagen. Dengan itu kulit lebih cepat sembuh dan parut jadi makin nipis.

Selain itu,

Anda juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menghilangkan parut chiken pox ini. Apa yang saya lakukan adalah dengan menggunakan vitamin E Shaklee.

Vitamin E Shaklee


Boleh pecahkan capsule dan sapukan pada kulit. Buah  betik, bayam, avokado, badam juga kaya dengan Vitamin E. Kalau rajin, boleh buat mask avokaco. Picit avokado bersama madu dan cuka epal (apple cider vinegar) dan sapu pada kulit. Biar selama 20 minit sebelum basuh.

Alhamdulillah. :)

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Friday, September 11, 2015

Suplemen untuk ibu dalam pantang

Anda baru lepas bersalin dan menyusukan anak? Makanan yang anda makan kurang memberi nutrisi yang lengkap? Mengikut petua orang dulu-dulu banyak pantang larang yang diambil kira terutama bab makanan semasa berpantang.

Banyak juga perkara yang harus di jaga semasa berpantang antaranya luka bersalin, menghalang jangkitan kuman dan sebagainya.

Makanan tambahan yang berkualiti dan baik akan memberikan tenaga dan mood yang baik. Nutrien anti-stress, memberikan tenaga seperti b complex, zink dan magnesium adalah sangat perlu untuk ibu berpantang.

Suplemen yang disarankan untuk ibu selepas bersalin adalah seperti berikut:

1. Energizing Soy Protein. - Kaya dengan protein. Memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.
2. Ostematrix - Melembutkan najis dan tiada lagi berasa khuatir dengan luka jahitan episiotomi terbuka jika meneran. Magnesium memudahkan anda membuang air besar.

3. B Complex - Mengembalikan tenaga selepas proses kelahiran. Mengurangkan rasa stress atau angin meroyan.
4. Vitalea - Membekalkan diet seimbang semasa berpantang. Memenuhi kekurangan nutrien dalam diet harian sepanjang proses berpantang.

5. Sr Vitamin C - Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

6. Zinc - Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Selamat berpantang bagi ibu-ibu yang sedang berpantang! :)

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Thursday, September 10, 2015

Konsultant Shaklee



Saya, Noor Zawani Suhaimin, merupakan konsultant Shaklee anda. Anda boleh menghubungi saya melalui Sms / Whatsapp di 019 658 1210. InsyaAllah saya akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Anda boleh menceritakan masalah kesihatan yang anda atau keluarga anda hadapi dan insyaAllah saya akan memberikan cadangan supplemen yang bersesuaian untuk anda. Saya juga akan guide anda cara pemakanan dan sebagainya.

Konsultasi adalah secara berterusan dan PERCUMA jika anda mendapatkan supplemen Shaklee dari saya. InsyaAllah saya akan mengutamakan pelanggan saya sebaik mungkin.

Hubungi saya di 019 658 1210 (Wani)

Wednesday, September 9, 2015

Cara tambah berat badan

Pernah tak anda mendapat jolokan cicak kubing atau papan semasa di sekolah kerana diejek kurus sangat? hihi

Dah makan berpinggan-pinggan tapi badan masih kerempeng? Macam tengkorak hidup? Hihi. Jangan marah ye. gurau-gurau je. Itu adalah merupakan jolokan yang orang bagi pada saya juga suatu ketika dahulu. :)



Jom saya kongsikan anda 4 tip untuk menambah berat badan.

1. Jangan biarkan perut anda tanpa diisi melebihi 4 jam. Makan secara konsisten dalam 3 ke 5 jam.


2. Makan beberapa makanan sekaligus. Contohnya pisang, beberapa keping roti bakar bersama mentega dan segelas susu.


3. Ambil makanan yang padat dengan khasiat. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam hidangan kecil.


4. Makan tepat sebelum tidur. Makanlah snek yang sihat sebelum tidur untuk memastikan nutrien mencukupi bagi tubuh untuk menjalankan tugas.


Selain itu, anda juga boleh menambah berat badan dengan mengambil set kurus Shaklee.



1. Meal Shakes - merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Jumlah seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.


2. Vitalea - Dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan olleh orang dewasa.


3. B Complex - Menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu dan memelihara kesihatan yang baik.


Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Tuesday, September 8, 2015

Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi

http://primrosebunga.blogspot.my/2015/09/giveaway-chocolate-vochelle-by-dyan.html
 
Jom join "Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi”
boleh klik pada banner di atas ye.. terima kasih.. :)

Tarikh tamat : 13 September 2015, jam 11.59 pm
keputusan : 14 September 2015

5 Pemenang menanti hadiah coklat :)

Klik pada banner di atas untuk join.

Alhamdulillah.

Susu untuk ibu hamil

Susu untuk ibu hamil adalah sangat penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan janin dalam kandungan. Susu juga membantu mengurangkan rasa mual dan muntah yang berterusan.

Ketika hamil anak yang pertama suatu ketika dahulu, saya jenis yang tidak suka minum susu. Disebabkan keterpaksaan, saya minum susu HL strawbery :D



Alhamdulillah boleh masuk ke tekak saya pada masa tu. :)

Bila masuk mengandung anak ke dua, saya tidak perlu risau lagi kerana saya mengamalkan pengambilan ostematrix Shaklee. Tablet kalsium yang direka khas untuk penyerapan maksimum ke dalam badan.



Ostematrix membuatkan saya bertenaga setiap kali bangun tidur, lawas, cramp kaki tidak pernah berlaku sewaktu hamil, morning sickness boleh dikatakan tidak ada. Alhamdulillah.

berikut adalah petikan yang saya ingin kongsikan dengan anda apa yang diperkatakan oleh Dr Zubaidi tentang keperluan susu untuk ibu hamil DI SINI.



Ingin dapatkan pil kalsium anda?


Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

Monday, September 7, 2015

Bertenaga semasa hamil

Ramai yang ingin bertenaga ketika hamil. Tidak dinafikan, sesetengah ibu mengalami fasa-fasa tertentu semasa kehamilan. Ada yang menyeronokkan dan sebaliknya. :) Biasalah tu. Saya juga mengalami fasa-fasa yang sama.

Morning Sickness
Biasakan, mula-mula dalam 3 bulan pertama, tentu akan ada muntah-muntah, tak larat nak makan, dan sebagainya. Bila dah tak larat tu yang membuat badan letih, jadi lemah, dan paling bahaya boleh mudaratkan kesihatan ibu, dan juga secara tak langsung kepada bayi.
    
Cramp Kaki
memang tak dapat dinafikan, cramp kaki, masa tidur, bangun je tengah malam rasa sakit kaki sangat-sangat, itu petanda kekurangan kalsium, sebab anak pun perlukan kalsium dari ibunya.
    
Berat Badan Naik
memang naik tu biasa, tapi ada yang naik secara luar biasa, itu yang dipanggil diabetes type 3, atau GDM, yang ni memang diabetes yang sangat-sangat menghantui setiap ibu mengandung.

 Ada banyak cara nak atasi keletihan dan penat ketika hamil. Antaranya adalah
 
Tidur sebentar di tengah hari dan tidur awal di waktu malam. Bila penat badan memang memerlukan rehat. Jangan paksa untuk bekerja lebih waktu.
   
Jaga makan. Elakkan makanan yang tidak berkhasiat kerana ibu hamil perlukan kalori tambahan setiap hari. Cara makan yang betul iaitu makan yang sedikit tapi kerap boleh bantu badan untuk sentiasa bertenaga. Paling mudah, amalkan ESP yang kaya dengan protin. Kenyang, memberi tenaga dan membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.
    
Kerap minum air untuk elak badan terhidrat. Ibu hamil juga boleh cuba minum Performance Drink utk jaga kuantiti air dalam badan.
    
Guna khidmat orang lain untuk buat kerja rumah seperti suami atau maid.
    
Pastikan nutrien yang diperlukan ketika hamil cukup. Paling mudah, amalkan set vitamin untuk ibu hamil.
    
Cara paling mudah adalah dengan senyuman. Bila kita senyum, walau ada seribu duka dan keletihan ia akan merangsang otak, hormon dan tubuh untuk beraksi lebih mantap. Tenaga baru akan dijana yang membawa mesej positif ke seluruh tubuh [sumber; 21 formula hidup luar biasa]

Nak tahu Set Hamil Shaklee? Klik DISINI

6 Tanda Sakit Kepala Yang Merbahaya

Jika anda mengalami 6 tanda yang dinyatakan, ianya adalah BUKAN sakit kepala yang biasa.


1. sakit kepala muncul tiba-tiba. 

2. Disertai gangguan neurologik - iaitu gangguan yang diiringi oleh
perubahan dalam fungsi kognitif (memori) dalam mental, lemah sebelah badan, kebas, gangguan keseimbangan, cacat penglihatan, Sawan, kesukaran bercakap, dan perubahan kesedaran. 

3. Gejala sistemik - tanda-tanda seperti sakit kepala yang menjejaskan seluruh badan, seperti demam, sesak nafas, penurunan berat badan, loya dan muntah-muntah. 

4. Sakit kepala yang terjadi setelah trauma / cedera di kepala

5. Sakit kepala yang pertama muncul pada usia 55 tahun ke atas

6. Sakit kepala yang tidak berkurang - sakit yang tidak berkurang walaupun telah mengambil ubat

Sila rujuk doktor jika anda mengalami tanda-tanda bahaya di atas. Jangan bertangguh dan berfikir sakit kepala akan hilang dengan sendiri. Dapatkan rawatan secepat mungkin.

Anda juga boleh mencuba Set migrain Shaklee

Bcomplex dan Ostematrix berfungsi untuk mengelakkan gejala migrain dan juga melegakan sakit kepala.


Penyebab Migrain atau sakit kepala

1. Kekurangan zat dan nutrisi

2. Faktor keturunan

3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan

4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid

5. Terlalu banyak pengambilan kafein


Ingin mencuba Set Migrain Shaklee?

Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...