"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, September 1, 2015

Bercuti ke Penang 3 hari 2 malam

Pada asalnya plan pergi ke Kedah untuk menghantar adik ke rumah mak mertuanya. Majlis kahwin adik yang ke-7.

Pada 29 Ogos 2015 kami bertolak dari Klang, rumah abang ipar dan terus menuju ke Kedah. Bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai pada pukul 1.00 tengahari.

Di Kg, Kejai. Pihak lelaki.

Selepas selesai, kami ke rumah saudara di Kulim untuk melawat baby yang baru lahir. Tak sempat nak ambil gambar baby. Hihi.

Setelah itu, bertolak terus ke Shamrock Beach Villa di Penang. Kami menyewa di situ untuk 2 malam.

Di Penang, sempat merasa masakan orang sana. Nasi kandar memang menu wajib. :)

Jom layan gambar.

Shamrock Beach Villa.

Pak Ngah, Irsyad dan Afina.
Villa yang kami duduk ni ada 6 bilik, 5 bilik air. 3 tingkat. Cuma yang risau bila si kecik yang ada ni duk panjat-panjat tangga. Jadi seriau di buatnya. Hehe. Pantai depan umah je. Tapi kena lintas jalan untuk ke pantai. Jalan kaki je.

Shamrock beach, Batu Ferringhi


Tak banyak tempat yang kami lawat semasa kat sana. Hanya sempat ke Gurney Parragon, Gurney Plaza, Botanical Garden, Masjid Negeri Pulau Pinang.

Next time mesti pergi lagi. Bila ke Pulau Pinang ni tak sah kalau tak beli jeruk Pak Ali tau. Mesti beli! Hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...