"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Monday, September 7, 2015

Bertenaga semasa hamil

Ramai yang ingin bertenaga ketika hamil. Tidak dinafikan, sesetengah ibu mengalami fasa-fasa tertentu semasa kehamilan. Ada yang menyeronokkan dan sebaliknya. :) Biasalah tu. Saya juga mengalami fasa-fasa yang sama.

Morning Sickness
Biasakan, mula-mula dalam 3 bulan pertama, tentu akan ada muntah-muntah, tak larat nak makan, dan sebagainya. Bila dah tak larat tu yang membuat badan letih, jadi lemah, dan paling bahaya boleh mudaratkan kesihatan ibu, dan juga secara tak langsung kepada bayi.
    
Cramp Kaki
memang tak dapat dinafikan, cramp kaki, masa tidur, bangun je tengah malam rasa sakit kaki sangat-sangat, itu petanda kekurangan kalsium, sebab anak pun perlukan kalsium dari ibunya.
    
Berat Badan Naik
memang naik tu biasa, tapi ada yang naik secara luar biasa, itu yang dipanggil diabetes type 3, atau GDM, yang ni memang diabetes yang sangat-sangat menghantui setiap ibu mengandung.

 Ada banyak cara nak atasi keletihan dan penat ketika hamil. Antaranya adalah
 
Tidur sebentar di tengah hari dan tidur awal di waktu malam. Bila penat badan memang memerlukan rehat. Jangan paksa untuk bekerja lebih waktu.
   
Jaga makan. Elakkan makanan yang tidak berkhasiat kerana ibu hamil perlukan kalori tambahan setiap hari. Cara makan yang betul iaitu makan yang sedikit tapi kerap boleh bantu badan untuk sentiasa bertenaga. Paling mudah, amalkan ESP yang kaya dengan protin. Kenyang, memberi tenaga dan membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.
    
Kerap minum air untuk elak badan terhidrat. Ibu hamil juga boleh cuba minum Performance Drink utk jaga kuantiti air dalam badan.
    
Guna khidmat orang lain untuk buat kerja rumah seperti suami atau maid.
    
Pastikan nutrien yang diperlukan ketika hamil cukup. Paling mudah, amalkan set vitamin untuk ibu hamil.
    
Cara paling mudah adalah dengan senyuman. Bila kita senyum, walau ada seribu duka dan keletihan ia akan merangsang otak, hormon dan tubuh untuk beraksi lebih mantap. Tenaga baru akan dijana yang membawa mesej positif ke seluruh tubuh [sumber; 21 formula hidup luar biasa]

Nak tahu Set Hamil Shaklee? Klik DISINI

1 comment:

  1. Alhamdulillah, Shaklee banyak membantu mengurangkan masalah kesihatan saya sepanjang kehamilan yg lepas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...