"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, September 17, 2015

Hobi yang menguntungkan

Adakah anda mempunyai hobi?

Adakah hobi anda adalah hobi yang menguntungkan?

Dunia online semakin berkembang dengan pesat, semua orang dari kampung sehinggalah ke bandar boleh menikmati akses internet. Jual beli barang hanya boleh dilakukan di atas talian. Jadi, jika kita mempunyai hobi mengakses internet, apa kata jika kita membuat sesuatu yang berfaedah dengan menjadikan hobi kita ini menguntungkan.

Hobi yang menguntungkan adalah bila kita boleh menjana keuntungan secara tidak langsung. Ada orang hobi dia suka update blog setiap hari. Berkongsi pelbagai tips kecantikan, berkongsi set penjagaan kulit yang dipakai sendiri. Secara tidak langsung dia telah menarik orang untuk mencuba produk yang dipakai olehnya.

Rata-rata sudah ramai yang berjinak dengan bisnes online. Alhamdulillah itu adalah satu peningkatan yang sangat bagus. Ia akan menggalakkan lebih ramai orang ramai untuk membeli belah secara online. Memudahkan suri rumah juga untuk turut berbisnes dari rumah.

Setiap orang mampu menjana pendapatan secara maya dengan modal yang sangat kecil.


Saya menjalankan bisnes Shaklee pada mulanya adalah untuk mengisi masa lapang memandangkan saya telah pun berhenti kerja di Putrajaya suatu ketika dahulu. Sehingga ke hari ini saya masih menjalankan bisnes Shaklee. Bagi saya, ianya adalah satu bisnes yang mudah dan tidak membebankan saya kerana saya hanya perlu membuka kedai secara maya iaitu dengan update blog, update fb, update instagram.

Apa sahaja hobi yang kita ada sebenarnya adalah menguntungkan jika kita melakukan ia dengan istiqomah. InsyaAllah.

Jika anda berminat untuk mempunyai hobi seperti saya, jom sertai saya di Shaklee. Anda boleh hubungi saya melalui SMS / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...