"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Friday, September 18, 2015

Petua memudahkan urusan harian


Dalam urusan seharian kita, ada pelbagai cara yang boleh kita buat untuk memudahkan urusan yang kadang kala kita rasa ianya amat sulit untuk diuruskan. Antaranya bagaimana untuk menhindari semut, nak lap cermin bagi berkilat, gula-gula getah melekat di baju dan sebagainya. Ok, jom kita lihat, apa yang boleh memudahkan urusan kita dengan hanya menggunakan 3 bahan ini. Iaitu lemon, timun dan roti.

1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman berkarbonat Sprite.

3. Untuk menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7.  Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

8. Kalau baju terkena dawat, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90 peratus  dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

Selamat mencuba!

Anda juga boleh memudahkan urusan seharian anda dengan hanya sebotol Basic H. Tak percaya? Jom klik di sini

Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...