"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, September 12, 2015

Petua Menghilangkan Parut Chiken Pox

Anda dah terkena chiken pox? atau anak-anak anda sedang mengalaminya sekarang? Alhamdulillah kedua-dua anak saya dah terkena chiken pox. Kami suami isteri pon dah. :D

Doktor kata, Chiken pox ni sekali seumur hidup je. Jadi, tak risau lagi dengan chiken pox. Hihi.

Nak tahu macam mana kami handle anak bila terkena chiken pox? rujuk link ini.

Anak kami yang pertama doktor kata Chiken pox nya jenis yang mengganas. Sehari dah naik banyak. Dekat muka pon banyak. Tapi yang no 2 naik sikit je. Macam tak naik chiken pox pun ada sebab kat muka ada satu dua biji je tapi jenis yang halus-halus je. Jadi memang tiada parut langsung. Alhamdulillah.
Jom saya kongsikan beberapa petua untuk hilangkan parut Chiken pox ni.

1. Bijirin Oat

Membantu melembabkan kulit di mana ia mempercepatkan proses pemulihan parut yang makin nipis. Bukan saja bantu kekalkan kelembapan kulit tapi bantu kurangkan kemerahan dan secara lembut menipiskan tona kulit tak sekata. Boleh sapu paste oat yang dicampur dengan air atau yogurt ke kulit dan gosok perlahan-lahan. Biarkan kering sebelum basuh.


2. Baking Soda

Baking soda yang bersifat alkali, membantu mengekalkan PH pada kulit. Baking soda bantu kurangkan kerengsaan dan kegatalan dan dalam masa sama bantu elakkan kita menggaru bekas chicken pox tu yang boleh jadi punca utama parut pada kulit. Baking soda juga bertindak sebagai agen penggelupasan lembut pada kulit. Boleh bancuh paste baking soda dengan sedikit air dan gosok selama 1-2 minit p ada bekas chicken pox sebelum dibasuh.


3. Aloe vera 

Sangat baik untuk menghilangkan kerengsaan, melembabkan dan memulihkan kulit yang luka akibat chicken pox, allergy dan sebagainya. Gel aloe vera baik untuk merawat kulit sebab dalamnya terdapat antioksidan dan anti mikrob. Cecair aloe vera boleh meresap masuk jauh dalam kulit untuk melembabkan kulit dan dalam masa sama meningkatkan penghasilan kolagen. Dengan itu kulit lebih cepat sembuh dan parut jadi makin nipis.

Selain itu,

Anda juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menghilangkan parut chiken pox ini. Apa yang saya lakukan adalah dengan menggunakan vitamin E Shaklee.

Vitamin E Shaklee


Boleh pecahkan capsule dan sapukan pada kulit. Buah  betik, bayam, avokado, badam juga kaya dengan Vitamin E. Kalau rajin, boleh buat mask avokaco. Picit avokado bersama madu dan cuka epal (apple cider vinegar) dan sapu pada kulit. Biar selama 20 minit sebelum basuh.

Alhamdulillah. :)

Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210 (Wani)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...