"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, September 16, 2015

Petua Tajamkan Gunting

Macam-macam petua ada untuk tajamkan gunting ni. Tapi saya nak share 2 je petua je dengan anda. :)

1. Guna botol kaca

Caranya mudah saja, asah gunting pada leher botol kaca tersebut. Buat seperti anda ingin menggunting leher botol berulangkali sehingga anda yakin dan berpuas hati dengan ketajaman gunting anda ya. Jangan risau, botol takkan tercalar dek kerana asahan kita. Teknik ini disah dan diakui berkesan oleh tukang jahit. :)

Credit


2. Guna daun tebu atau lalang

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa helai daun tebu atau lalang. Gunting daun tebu atau lalang sesuka hati. Nak gunting nipis ke, tebal ke ikut suka hati korang lah. Hehe. Selepas itu, anda boleh test ketajaman gunting anda. :)

Credit
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...