"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, September 27, 2015

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur


Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
  •     2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
  •     1 paket agar-agar serbuk 10g
  •     4 cawan air
  •     1/2 cawan gula pasir
  •     1/2 cawan susu pekat manis
  •     1 tin susu cair
  •     3sb  tepung kastard
  •     1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1.     Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2.     Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3.     Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4.     Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais :)

Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...