"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tuesday, September 15, 2015

Review Restoran Hadramawt Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum :)

Kami sekeluarga memang penggemar nasi arab kalau nak tahu. Hehe. Mana-mana ada jual nasi arab memang kami nak cuba. Alhamdulillah berpeluang untuk cuba nasi arab di Restoran Hadramawt. Kalo ikotkan ni dah kali kedua kami makan di sini. :)

Service macam kat hotel. Pelayan mesra pelanggan. Siap pakaikan kasut untuk Zara. Hehe

Kali pertama ke restoran ni punya la ramai orang sampaikan kena beratur tunggu turn tempat makan. Ramai betul peminat nasi arab kan. hehe. Waktu malam restoran ni amat cantik dengan lampu hiasan di luar restorannya.

Kali ke dua kami makan pada sebelah siang. Waktu siang tak ramai sangat orang. Servis yang diberi amat bagus. Makanan boleh dikatakan murah, berbaloi dan menepati citarasa. :)

Araisee
Nasi Arab size Medium. 3 orang boleh makan
Kebab Ayam

Antara menu yang kami makan. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...