"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, October 2, 2015

Apa Itu MLM, Apa Sebenarnya MLM


MLM (multilevel marketing) / Network Marketing merupakan teknik bagaimana produk dipasarkan. Berbeza dengan perniagaan jenis konvensional, perniagaan MLM adalah dimana produk dipasarkan langsung daripada pengedar kepada pengguna tanpa melalui jaringan atau kos yg tinggi. (kos nak perkenalkan sesuatu produk adalah tinggi lebih-lebih lagi jika menggunakan artis.. cuba google search berapa jenama2 lain byr artis tu. Bisnes MLM ni pengedar itu sendiri yang menjadi model/artis...hihi). Oleh yang demikian, kos tersebut dapat syarikat peruntukkan untuk pengedar yang layak memenuhi syarat pelan pemasaran yg disediakan.

Bisnes MLM pilihan saya adalah jenama SHAKLEE. Syarikat nutrisi kukuh yang telah berada di pasaran lebih dari 50 tahun. Malah lengkap dengan beratus clinical studies. Saya hanya membuka kedai alam maya yakni blog zawanisuhaimin hanya berbekalkan ZERO modal.

Apa jua bisnes yang kita ceburi, tak dapat lari dari kesusahan, keperitan, risiko. Saya amat kagum dengan mereka-mereka yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Jika kita buat dengan bersungguh-sungguh insyaAllah kejayaan pasti milik kita.

Tiada istilah RUGI jika menyertai MLM melainkan anda berhenti separuh jalan atau anda salah melabur. MLM bukan sekadar labur duit, tapi apa yang penting labur tenaga, usaha, masa, senyuman.

Untuk sukses dalam MLM harus pegang 2 tip di bawah

1. Sanggup laburkan USAHA, TENAGA, MASA. Tanya diri sendiri, berapa banyak yang anda sanggup laburkan. Bukan duit tapi usaha, tenaga dan masa.

2. Menanam sedalam mungkin keyakinan, doa dan harapan anda pada Sang Pencipta. Dia yang Maha Kaya Maha Pemberi.

Jika anda ingin membuat keputusan ingin memilih bisnes MLM. Tak kisah bisnes MLM sedia ada, pastikan syarikat dan produk pilihan anda benar-benar stabil, kukuh, berlandaskan syariah dan bukan mengamalkan sistem piramid. Kaji dulu sebelum join. Jangan mudah terpengaruh. Tiada kekayaan yang datang bergolek tanpa usaha keras.

:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...