"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tuesday, October 27, 2015

Cara keringkan susu badan dan elak bengkak susu



Ni dari pengalaman Wani sendiri la.. Bengkak susu terjadi sebab nak berhentikan anak solehah Zara Saffiyah. Umur 2 tahun 3 bulan.

Selama tak beri susu pada Zara, susu jadi bengkak. Tak tahan bengkak, saya pump susu keluar. Alhamdulillah lega.

Pernah dengar ada orang bagi tahu jangan pump nanti akan stimulate susu tu balik. Tapi tak tahan la bengkak susu, tak boleh nak buat kerja jadinya. Seksa menahan susu bengkak. Yang dah rasa je tahu macam mana rasanyakan? Hihi. Rasa macam nak lempang orang pun ye! Rasa je, tak buat betol pon. Haha.

Rupanya itu cara yang terbaik. Lepas pump, susu letak dalam botol. Jangan buang gitu je, boleh kasi anak minum lepas tu. Rupanya jika takda suction dari baby, susu tu lambat nak ada balik. Dua or tiga hari baru ada susu dan jika bengkak, pump lagi.

Lama kelamaan susu tu akan kering dengan sendiri tanpa rasa sakit bengkak susu. :)

Sekian saja tips dari saya. Anda boleh cuba!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...