"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Thursday, October 29, 2015

Elak Tengking Anak



Teks : Ibu Rose (Prof Dr. Rozieta Shaari)
Sumber : Laman Sosial


Pertama, bila tegas TIDAK bermaksud menjerit dan mengherdik anak-anak. Malah sayang semua perlu tahu sekarang, inilah SEBAB UTAMA anak jadi degil. Anak jadi degil dan melawan kata bila dia sering diherdik, dimarah dengan suara yang menengking. TEGAS bermaksud, anda memastikan anak itu tahu had dan batasan yang perlu dihormati. Maksudnya, memberitahu, memberi hukuman berpatutan sekiranya melanggar batasan dan yang penting mesti mengikut kematangan anak itu.Dan yang penting anda tidak menjadi lalang, sekejab okay sekejab tak boleh Ini mengelirukan anak akan 'bounderies' yang mahu diwujudkan.

Bila anak di bawah dua tahun tidak mahu mengikut kata, TIDAK SESUAI untuk ditengking atau dimarah atau dipukul diatas atas nama mahu tegas. Sebab kematangan anak belum sampai lagi untuk faham apa yang hendak disampaikan. Oleh itu alternatifnya ialah memberitahu dengan suara lembut tapi tidak berkompromi. Ambil anak itu dari situ dan ajak buat benda yang lain. Sambil memberitahu sekali lagi mengapa tidak boleh melakukan perkara tadi.

Tegas, walau dia mengamuk, merenget hendak juga, anda tetap tidak memberinya. Itu maksud tegas. Bukan marah, tengking dan herdik. Kenapa? Kerana tengking, marah, herdik ini akan melambatkan kematangan anak itu dan dia membesar menjadi UNREASONABLE sebab semasa usia dimana anda menyampaikan REASON dengan baik dan boleh difahami anda tidak melakukannya. Atau anda lakukan dengan tengking dan herdik. Tengking dan herdik tidak sealiran dengan tenaga kasih-sayang ia sealiran dengan tenaga benci. Bila kita berkomunikasi, yang lebih sampai ialah tenaga bukan kata-kata. Inilah punca mengapa anak menjadi anak yang melawan kata-kata emak ayah, tidak hormat emak ayah dan bila remaja menjadi remaja bermasalah!

Bila anda bijaksana dalam membantu anak itu mengangani emosi negatif yang mula membuak pada usia 1 tahun lebih itu, maka amukan akan kurang walaupun tahap 1-3 tahun anak memang mudah mengamuk. Sebab dia belum bijak mengendalikan emosi negatifnya.

Kita tidak boleh membina dunia yang penuh kasih-sayang bila kita menggunakan tenaga yang tidak sealiran dengan kasih-sayang. Herdik dan tengking bukan sealiran dengan tenaga kasih sayang. Namun, bercakap tegas dan memberitahu dengan 'reason' akan melahirkan anak-anak yang reasonable dari segi perlakuan mereka.

Keibubapaan ini bukan sekadar tips dan strategi. Kita perlu kembali kepada tujuan mengibubapakan anak-anak itu. Iaitu mendidik, mentarbiyahkan mereka agar mereka akan menjadi insan mulia yang berubudiyyah kepada Allah dan menambah nilai tinggi ke dalam dunia ini. Untuk itu anak-anak itu memerlukan hati yang bersih, penuh-kasih sayang. Dan bukan hati yang tercalar dan hitam dengan dendam kerana dikasari tanpa dia faham.

IBU DOAKAN AGAR DIMUDAHKAN UNTUK KITA MENDIDIK ANAK-ANAK KITA DENGAN BIJAKSANA. KERANA ANDA LAYAK MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG BERAKLAQ MULIA DAN BERJASA.

Ibu minta tolong SHARE dengan orang yang anda kasihi supaya kefahaman yang salah itu dapat dibetulkan. Terima kasih sayang.

Ibu minta tolong untuk anda SHARE perkongsian ini dengan seramai boleh orang yang anda kasihi supaya kefahaman mengenai perkara ini tersebar dan dapat kita membina Dunia Yang Penuh Kasih-Sayang.

Salam Kasih - IBU ROSE -

Semoga bermanfaat untuk kita bersama. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...