"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Monday, October 26, 2015

Menangani Anak Muntah Dengan Performance Drink

Cerita anak dara saya. Hehe. Pada satu malam tu Zara tetiba muntah tanpa henti selang 30 minit. Tak boleh tidur di buatnya malam tu. Bayangkan setiap 30 minit Zara muntah. Mak dan pak tak boleh tidur dibuatnya.

Bagi ubat tahan muntah pun tak menjadi. Nampak Zara dah lembik dah dan paling kesian isi dalam perut dah tak da dah untuk dimuntahkan.

Dalam pukul 2 pagi, husband ajak gi klinik 24 Jam. Doktor bagi ubat demam je? hmmm...apa daaa...

Suh husband berhenti 7 Eleven untuk beli yogurt atau yakult sebab ianya baik untuk penghadaman perut dan juga sebagai probiotik (bakteria baik). Sepanjang dalam kereta, Zara tak da muntah-muntah. Alhamdulillah. Tapi bila nak sampai rumah je start balik dah muntah-muntah.

Habis terkeluar air yougurt tadi. Hihi. Nak bagi ubat tahan muntah memang sussah sangat nak makan ubat si Zara ni. Jadi, terpikir nak bagi air Performance Drink Shaklee. Amik 1 sudu kecil, kacau-kacau dengan air masak. Alhamdulillah, banyak dia minum. Mungkin sebab rasa masam manis tu. Hehe.

Amazing! Lepas bagi air performance drink tu, langsung dah tak da muntah-muntah dan boleh tidur sampai ke pagi. Alhamdulillah.

Keesokkannya, Zara sihat seperti biasa macam tak da apa yang berlaku semalam. Hihi. Alhamdulillah.

Jadi lepas ni, anak-anak muntah je boleh la bagi performance drink. Hihi.

Kebaikan Performance Drink Shaklee :
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
Info & Order
Sms / Whatsapp : 019 658 1210

Performance Drink Minuman isotonik anda! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...