"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Sunday, October 4, 2015

Tip dan Petua : Kandungan Songsang / Breech


Terdapat beberapa tips dan petua  mengalih posisi bayi songsang yang boleh ibu hamil amalkan. Insyallah berjaya.


Jom kita baca tips dan petua mengalih posisi bayi songsang

1. Solat Hajat

Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat  hajat bagus dilakukan dan mintalah daripada Allah supaya sepanjang  proses kehamilan ini dipermudahkan.


2. Selalu Berdoa



Amalkan doa mengalih posisi bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Bacalah seberapa kerap yang boleh. Kalau boleh setiap minit baca doa ini. Insyallah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.



3. Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa



4. Aktiviti Merangkak
Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Ibu hamil disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar.



5. Kaedah Panas - Sejuk

Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

Letakkan pek ais di atas perut. Namun dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dengan harapan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.



4. Berendam di Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.


5. Banyakkan Berada Dalam Keadaan Bersujud


Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat.


Kepada ibu hamil yang mengalami posisi bayi songsang janganlah cepat berputus asa. Yang penting berikhtiar dan berusaha. Anggaplah ini adalah ujian kecil yang menuntut hambaNya supaya lebih taat, sabar dan lebih banyak melakukan amalan kerohanian dan ibadat kepada Allah. Lakukan tips dan petua di atas. Insyallah kita dapat mengelak berlakunya pembedahan.

Semoga bermanfaat untuk anda! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...