"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, November 9, 2015

Senaman Untuk Ibu Hamil

1. Senaman Gaya Kucing

Caranya ialah lakukan seperti posisi diatas, kemudian senaman dengan menolak bahagian belakang badan ke atas. Lakukan senaman ini berulang kali dengan perlahan-lahan.


2. Senaman Gaya Rama-Rama
 Duduk seperti gaya diatas, kemudian gerakkan peha anda ke atas secara perlahan-lahan. Anda digalakkan untuk bernafas secara normal semasa melakukan senaman ini. Senaman ini membantu untuk membuka otot pelvik dan tulang pinggul.

3. Baring Sambil Mengangkat Kaki
 Baring seperti dalam gambar, kemudian angkat kaki anda ke atas dan cuba untuk bertahan selama tiga ke empat saat.

4. Senaman Kegel

Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang bayak. Akibatnya seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk. Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan melakukan kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebanyak mana yang anda mahu.


Selain itu, senaman yang boleh dilakukan oleh para ibu ialah berjalan, berenang, dan berbasikal. Senaman ini boleh dilakukan apabila ibu sudah membiasakan diri dengan senaman-senaman ringan seperti contoh diatas.

Amalan ibu semasa mengandung juga boleh merangsang minda minda bayi sejak kecil lagi.

Sharing is Caring!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...