"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Sunday, January 24, 2016

Keresahan Seorang Ibu Bila Susu Badan Berkurang


 Ini adalah #shakleeeffect saya sendiri.

Dari awal mengandung, saya memang sudah berniat mahu menyusukan anak saya selama yang boleh. Saya nak bagi yang terbaik untuk anak saya. Saya mula mendapatkan info tentang penyusuan susu ibu dari A-Z dari internet mahupun rakan-rakan yang punya pengalaman. Ketika itu, jenama Shaklee ni memang gah di dada-dada page segala group penyusuan yang saya join di Facebook.
Sebagai ibu yang bekerjaya, adalah menjadi lumrah untuk membuat stok susu sebanyak mungkin untuk si manja. Bermulalah kisah peti sejuk yang kebanjiran susu ibu itu. Hihihi.

Tetapi atas kesilapan sendiri yang malu pada mulanya untuk menyusukan anak ketika berada di luar rumah membuatkan stok susu saya semakin hari semakin susut. Sehinggakan stok saya boleh digelar 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' kerana hasil perahan harini adalah untuk kegunaan anak saya keesokan harinya. Anak pula makin hari makin bertambah kuantiti susu yang diminum.
Ketika usia anak saya hampir 7 bulan, perkara yang paling saya takut berlaku, telah terjadi.

Production susu merundum. Jika selalu, saya boleh dapat 10-12oz untuk satu sesi, kini semakin lama semakin kurang. Mulalah usahakan yang alami sahaja. Minum horlicks, air lobak putih malahan halba pun dijadikan air atau dimakan dengan nasi panas. Semuanya menjadi tetapi bila semuanya sudah imune , susu kembali merundum walaupun saya mengepam secara konsisten dan minum air masak yang banyak tetapi masih tidak ada sebarang perubahan. Oh ya, ketika itu ada mencuba fenugreek dari satu jenama yang agak terkenal. Mungkin tidak serasi dengan saya. ianya tetap tidak berhasil.

Suatu hari, pada satu sesi mengepam di pejabat selama 30 minit, saya hanya mendapat 0.5oz sahaja. Ya Allah, masa tu saya menangis. Menangis memikirkan anak saya. Saya tak sanggup untuk memberikan anak saya susu formula. Ketika itu terlintas Shaklee di fikiran. Saya bingkas mengambil telefon dan google set penyusuan. Nahhh.. Berderet blog yang keluar. Saya pilih satu, web yang sangat lengkap. Distributor dari Kelantan. Ternampak button order disitu. Tetapi saya tak mahu. Saya fikir mesti order itu akan dibuat malam nanti. Tak boleh, saya mesti pastikan set itu sampai ke tangan saya ESOK! Saya cari nombor telefon distributor itu dan terus call. Merayu-rayu minta beliau poskan harini juga. Allah, perancanganmu sangat teratur. Saya berjaya mendapatkan set itu pada keesokan harinya.

Set Sokongan Penyusuan
Pada kali pertama saya ambil B complex, Vitamin C, Vitalea dan Zinc, hasil perahan meningkat. Sungguh! Dari 0.5oz meningkat ke 4oz. Saya teruja. Bersyukur sangat walaupun bukan 10oz seperti selalu tetapi sekurang-kurangnya ia meningkat. Ye la, baru hari pertama kan? Saya telah jatuh cinta dengan Shaklee. Dan akhirnya saya telah tambah lagi 2 item dalam set itu.

Hasilnya? Alhamdulillah.. Everything back to normal. Malahan saya mampu membuat stok yang lebih dari biasa. Tiada lagi istilah 'kais pagi makan pagi' saya itu. Saya bersyukur Allah ketemukan saya dengan Shaklee. Saya bersyukur kerana usaha saya untuk memberi yang terbaik untuk si manja dipermudahkan Allah. Hingga kini, saya masih simpan stok beku saya walaupun dah expired (tak sempat habis digunakan walaupun ikut FIFO. Alhamdulillah rezeki anak) kerana ada sentimental value di situ.

Di sini, bagi saya tak salah mencuba asalkan cara itu halal dan tidak membawa kesan buruk kepada sesiapa. Saya yakin dengan Shaklee kerana ia sentiasa selamat dan semulajadi serta berkesan. Sekiranya anda atau kenalan anda mempunya masalah sama seperti saya, jangan malu-malu untuk bertanya. Insya'allah, saya akan cuba bantu anda semampu yang boleh. - Pn Ainur Azura

Produk yang diambil:
1. B Complex
2. Vitamin C
3. Vitalea
4. Zinc
5. ESP
6. Alfalfa

Ingin mengetahui promosi terkini Shaklee? Klik di sini

019 658 1210
Zawani Suhaimin
Your TRUSTED SID
COD Pulau Gadong, Cheng, Malim Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...