"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, January 11, 2018

Tips Kulit Cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Hari ni Kak Ngah nak kongsikan dengan anda tips kulit cantik. Kak Ngah faham bagi sesiapa yang mengalami kulit sensitif, mudah ditumbuhi jerawat tau sangat perasaan anda. Kak Ngah juga mengalami masalah yang sama dengan anda.

Tidak lain dan tidak bukan, tip kulit cantik adalah anda perlu makan berpantang. Perasan tak bagi ibu-ibu bila masa berpantang melahirkan anak, kulit kita licin tanpa ditumbuhi jerawat yang banyak. Kak Ngah perasan bila melahirkan anak dan berpantang selama 40 hari tu, kulit tak mengalami masalah jerawat. Alhamdulillah.

Jadi, Kak Ngah kongsikan dengan anda 5 jenis makanan yang diharamkan ambil bagi merawat kulit.

1. Gula Putih - Umpama baja jerawat.






2. Minuman Berkafien - Kafein dehydrate kan kulit. Hilangkan air. Akibatnya kulit jadi kusam, berkedut dan menggelebeh





3. Tenusu - Ini juga punca munculnya bintik-bintik merah pada wajah





4. Processed Foods - Dalam processed foods ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan da macam-macam pe lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.





5. Shellfish - Cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperi ketam dan udang. Bandingkan dengan zaman makan dahulu dengan selepas tidak makan. Lihat hasil.



Kecantikan terbina dari dalam. Apabila dalamnya baik, terserlah hingga ke luar. Mahu cantikkan yang dalam, pastikan diet yang diambil sesuai dengan keperluan tubuh.

Kredit: Dr. Rizal Abu Bakar


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...